SALAM MAULIDULRASUL buat semua kengkawan !!!!
Pagi yang indah ini, abam nak share something yang mungkin bermanfaat buat korang semua yang kaki travel hahahaha
Jenayah berlaku tak kira kt mana pun; so kita kena sentiasa berhati - hati untuk elakkan diri terperangkap dengan jenayah yang bukan kita buat !!!
Hati-hati ketika di airport.
Ini beberapa contoh perangkap jenayah yang perlu anda lebih berhati-hati ketika berada di lapangan terbang :
1- Taktik minta jaga bagasi.
Jika ada orang yang tidak dikenali meminta anda tengokkan bagasi, sila tolak dengan cara baik. Pernah berlaku satu kes di dalam tandas, seorang lelaki meminta tolong tengokkan bagasi sementara dia masuk ke dalam tandas, tak sampai 5 minit, orang yang tolong tengokkan bagasi tadi diberkas polis kerana memiliki 5kg dadah. Si penjenayah yang berada di dalam tandas terselamat.

2- Taktik beri air minuman percuma.
Pemberian ini juga perlu ditolak dengan cara baik. Kita tak kenal dia, mungkin di dalam botol minuman telah disorokkan bahan terlarang. Silap hari bulan kita yang akan ditahan.
Pemberian ini juga perlu ditolak dengan cara baik. Kita tak kenal dia, mungkin di dalam botol minuman telah disorokkan bahan terlarang. Silap hari bulan kita yang akan ditahan.
Zaman sekarang berbagai cara jenayah, tin air minuman juga boleh diubah suai menjadi tempat simpan dadah. Hati-hati.
3- Taktik bertanya soalan.
Ramai yang sudah terkena terutamanya ketika beratur di kaunter imigresen. Taktiknya dalam keadaan tergesa-gesa, si penjenayah berlakon bertanyakan soalan, sedang kita leka melayan, rakan penjenayah akan memasukkan bahan terlarang ke dalam bagasi kita.

Tujuannya, jika
berlaku penahanan ketika pemeriksaan kastam, mereka akan terlepas,
sebaliknya kita yang tak tahu apa-apa yang akan ditahan.
4- Periksa dahulu barang yang dikirim.
Walaupun dari kawan rapat sendiri, buka dan periksa dahulu barang yang nak dikirim sebelum masukkan ke dalam bagasi.
Walaupun dari kawan rapat sendiri, buka dan periksa dahulu barang yang nak dikirim sebelum masukkan ke dalam bagasi.
Bukan tidak percayakan kawan sendiri, tetapi wajib untuk kita lebih
berhati-hati. Siapa tahu di dalamnya tersembunyi bahan terlarang,
mungkin kawan kita sendiri tidak tahu akan kewujudan barang tersebut.
Pendek kata,
Biarlah orang kata kita sombong. Asal diri kita selamat. Kerana jika
berlaku perkara yang tidak diingini kita yang akan merana sendirian.
Walaupun lapangan terbang merupakan tempat tumpuan pelancong, ia juga
tempat transit untuk aktiviti jenayah terutamanya jenayah dadah.
Sentiasa berwaspada dan berhati-hati.
Banyakkan berdoa ketika bermusafir, inshaAllah pengembaraan akan lebih diberkati.
Semoga bermanfaat.
SELAMAT BERCUTI !!!