Friday, 12 December 2014

Seoul Korea - Part 5

ANNYEONGHASEYO !!!!


Cerita hari ini berkisarkan 2 hari perjalanan, iaitu pada 19hb & 20hb. Allhamdulillah hero aku Alief Danial dah sihat .....kuat betul semangat dia gara2 teruja dengan perjalanan hari ini.

Lawatan 19 November 2014


1. Everyland


 Lawatan 20 November 2014

1. Nami Island



Everland Resort merupakan sebuah taman tema yang terbesar di Korea Selatan. Dengan keluasan hampir 100 hektar anda pasti akan mempunyai pelbagai aktiviti untuk dibuat apabila berada di sini. Everland Resort terletak di Yongin dan perjalanan menggunakan subway dan bas dari Seoul akan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Harga tiket untuk dewasa adalah 40,000 Korean Won manakala untuk kanak-kanak ialah 31,000 Korean Won. Walaubagaimanapon Everland ada mengadakan promosi untuk pelancong dari luar negara seperti Malaysia dan anda boleh membeli tiket pada harga 32,000 Korean Won untuk dewasa dan 25,000 Korean Won untuk kanak-kanak. Untuk mendapatkan harga diskaun ini anda boleh merujuk pada laman web rasmi Everland Resort.

Disini terdapat pelbagai jenis tarikan seperti Pororo 3D Adventure, Double Rock Spin, Hurricane, Safari World, Columbus Adventure, Four Seasons Garden, Madagascar Live dan D’Artagnan and Three Seals. Tarikan disini disediakan untuk pelbagai kategori umur daripada kanak-kanak hinggalah warga emas. Bagi kanak-kanak jangan lupa untuk menyaksikan animal show disini yang sangat menghiburkan walaupon dalam bahasa Korea.
Antara tarikan utama yang menjadi tarikan pengunjung disini ialah T Ekspres yang merupakan salah satu roller coaster kayu yang paling curam di dunia dengan sudut pugaknya pada 77° dan dengan kelajuan 104 km/jam.

Walau apa pun kalau tanya hero aku Alief Danial & heroin Ainin Sofia, jawapannya ..... "BEST LAGI DISNEYLAND !!!!! LAIN KALI KITA G DISNEYLAND YERK" Errrrkkkkk


Pintu masuk Everland




Naik Cable Car

Kartun favorite Alief Danial














Agak2nya bila ler kali terakhir naik kuda mainan nie yek ?





Nami Island atau dalam bahasa Korea disebut sebagai Namiseom terletak di Chuncheon, Korea Selatan. Ianya terletak lebih kurang 63 km dari Seoul. Perjalanan dari Seoul menggunakan subway dan train akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Apabila anda telah sampai ke Namiseom Dock, anda akan menggunakan feri untuk sampai ke Nami Island. Di Nami Island anda boleh menghabiskan masa dengan bersiar-siar di pulau ini dengan menggunakan basikal, menaiki keretapi mini atau berjalan kaki. Pemandangan di pulau sangat cantik terutamanya di musim luruh apabila daun-daun disini berwarna kekuningan. Bagi peminat drama Korea Winter Sonata, anda boleh mengimbau kembali memori drama tersebut kerana sebahagian pengambaran drama Winter Sonata dibuat di Nami Island. Bagi yang beragama Islam, terdapat surau disediakan di bahagian tengah pulau di deretan restoran. Harga tiket untuk ke Nami Island ialah 10,000 Korean Won untuk dewasa dan 4,000 Korean Won untuk kanak-kanak. Harga tiket telah termasuk dengan tambang feri untuk pergi dan balik. Tanpa membuang masa jom intai pemandangan cantik Nami island dari lensa kesayangan aku !!!



Feri ke Nami Island

Hoyeh .... dah sampai !!!

Main baling daun nie paling diorg suka !!!
Aksi HERO

Lunch - Nasi Goncang


Honeymoon Couple

Sewa Basikal Bermotor






Begitulah coretan untuk 2 hari yg istimewa ini !!!!

Sebagai penutup tirai untuk malam terakhir di Seoul, kami makan malam di Savaro Restaurant. Happynya muka semua coz dapat makan nasi putih, tomyang, rendang daging muhahahahaha 

Savaro Restaurant merupakan sebuah restoran malaysia yang dibuka di Itaewon Seoul oleh FELDA. Restoran ini menghidangkan pelbagai menu masakan Malaysia seperti Nasi lemak, rendang, sambal dan macam-macam lagi.
Bagi rakyat Malaysia yang menetap di Korea, kami sangat menanti-nantikan pembukaan restoran Malaysia di Korea.
Makanan yang dihidang di restoran ini semuanya dijamin Halal. Chef restoran ini merupakan rakyat Malaysia. :)


 
Makanan Malaysia yang sangat dirindui oleh kami sepanjang 7 hari ini !!!


Dessert "Strawberry Ice Cream with Cream"


Apalagi harus ler tidur lena malam ni. 

Semua pakat packing - packing baju untuk pulang ke tanahair ku Malaysia Tercinta !!!


Bagi aku perjalanan kali ini sangat menarik, pemandangan yang cantik, menemui & mempelajari sesuatu yang baru. Sesungguhnya mengembara melihat negara orang bersama keindahan alamnya merupakan satu Ibadah. 
Cantik sungguh ciptaan - Mu Ya Allah 

#subhanallah 
#allhamdulillah 
#allahuakbar
 

Wednesday, 3 December 2014

Seoul Korea - Part 4

ANNYEONGHASEYO !!!!


Misi "Jelajah Negara Winter Sonata" telah masuk hari yang ke - 4. Allhamdulillah semuanya sihat, happy & enjoy all the moment.

<lewat sikit aku update cerita nie coz kesibukan kerja>

18 November 2014

Lawatan 18 November 2014


1. Namsan Gol Hanok Village
2. Namdaemun
3. Trick Eye Museum
4. Myeongdong



Destinasi kami yang pertama pagi ini adalah Namsan Gol Hanok Village. Sedikit perkongsian berkenaan Namsan Gol Hanok Village dengan rujukan wikipedia.
Kampung Hanok Gunung Nam (남산골 한옥마을) adalah sebuah kampung yang terdiri dari rumah tradisional Korea yang didirikan di Gunung Nam, Seoul Korea Selatan.Kampung ini didirikan sebagai pusat perlancongan baru pada tahun 1998 dan untuk memperingati ulang tahun bandar Seoul yang ke-600 tahun.Kampung ini memiliki luas keseluruhan 8000 m persegi. Struktur rumah yang terdapat di kawasan ini adalah giwa-jip atau rumah atap genting. Di sini para pelancong dapat mempelajari tentang kehidupan masyarakat Korea pada zaman Dinasti Joseon. Terdapat 5 buah rumah beratap genting yang berasal dari berbagai lokasi di Seoul yang dipindahkan dan dibina semula ditempat ini.Rumah pertama adalah milik Yi Seung-eop, seorang tukang kayu yang hidup di akhir masa Joseon. Di rumah-rumah ini dipamerkan hasil karya seni tradisional Korea seperti kilssam (teknik mewarnai pakaian), hanbok (pakaian tradisional), maedeup (pita rajutan). Selain itu setiap minggu, diselenggarakan berbagai acara budaya seperti rekonstruksi upacara pernikahan tradisional, permainan alat musik gayageum dan geomungo, samulnori, bela diri tradisional dan sebagainya.



Seterusnya tempat yang di tunggu2 oleh semua orang Namdaemun !!!!! Hoyehhhhhh sebab apa ????? Ini adalah tempat shopping yg plg famous segala mcm barang ada kt sini yg penting MURAH MURAH MURAH !!!! Hahahahaha


Happy nya Tuan Wan nk shopping !!!


Segala macam jenis bag / luggage pelbagai warna ada jual kt sini .... yg penting pandai menawar. Tapi rata2 peniaga kt sini x pandai communicate dalam bahasa Inggeris so "macam itik dengan ayam" ler gayanya. Itu ok lagi ada peniaga yang terus halau kita keluar tak bagi beli / masuk dalam kedai - gara2 tak pandai berbahasa Inggeris. Perghhhhh  

 Kalau naak beli baju "I LOVE KOREA" or "RUNNING MAN" kt sini ler tempatnya. Harga standard semua sama 3 helai Won 10,000. Stokin, Snow Cap, Key Chain, souvenir macam2 lah ada kat sini. 

Antara barang yang berjaya di kumpul oleh wife kesayangan aku nie :-


1. T-Shirt "I LOVE KOREA" (3 pcs - Won10k)
2. T-Shirt "RUNNING MAN" (3 pcs - Won10k)
4. Key Chain (10 in 1 - Won7k)
5. Nail Cutter (10 in 1 - Won8k)
6. Socks (1 pcs - Won1k)
7.Winter Jacket (1 pcs - Won10k)
8. Bag Syiling (5 pcs - Won10k)


Selesai membeli belah lunch kami hari tu adalah Ikan Bakar !!! Serius sedap sampai aku pon lupa nama kedai dia .....huwaaaaaa almaklum perut lapar sangat tambah dengan cuaca sejuk.




 
 Selesai kt sini kami semua balik ke Guesthouse dulu, letak barang shopping & hasil tangkapan tadi, solak jamak, then baru teruskan perjalanan. Hero & wife aku stay kt bilik jer coz badan hero ni dah mula panas nak demam .... cuaca hari nie memang super duper sejuk anginnya. Aku sendiri pon tak tahan ! 
Jejak seterusnya Trick Eye Museum. Macam2 aksi bergambar kt sini hahahaha








 

Selepas makan malam Korean Food di Myeongdong ..... menyusuri deretan kedai2 kosmetik, pakaian dan jajanan memang awesome!!! Harga di sini agak mahal berbanding tempat lain mungkin sebab ia adalah salah satu tumpuan pelancong luar. 


 
Strawberry yg sgt2 sedap, manis,  fresh & rangup ... tak pernah rasa strawberry mcm ni .... serius !!! Klu datang Seoul sgtlah rugi x rasa


Udang Goreng Tepung


Kebab - HALAL

Tutup cerita untuk hari ini ...... sambung besok hokey !!!


Selamat Malam Malaysia !!!