Cerita hari ini berkisarkan 2 hari perjalanan, iaitu pada 19hb & 20hb. Allhamdulillah hero aku Alief Danial dah sihat .....kuat betul semangat dia gara2 teruja dengan perjalanan hari ini.
Lawatan 19 November 2014
1. Everyland
Lawatan 20 November 2014
1. Nami Island
Everland Resort merupakan sebuah taman tema yang terbesar di Korea Selatan. Dengan keluasan hampir 100 hektar anda pasti akan mempunyai pelbagai aktiviti untuk dibuat apabila berada di sini. Everland Resort terletak di Yongin dan perjalanan menggunakan subway dan bas dari Seoul akan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Harga tiket untuk dewasa adalah 40,000 Korean Won manakala untuk kanak-kanak ialah 31,000 Korean Won. Walaubagaimanapon Everland ada mengadakan promosi untuk pelancong dari luar negara seperti Malaysia dan anda boleh membeli tiket pada harga 32,000 Korean Won untuk dewasa dan 25,000 Korean Won untuk kanak-kanak. Untuk mendapatkan harga diskaun ini anda boleh merujuk pada laman web rasmi Everland Resort.
Disini terdapat pelbagai jenis tarikan seperti Pororo 3D Adventure, Double Rock Spin, Hurricane, Safari World, Columbus Adventure, Four Seasons Garden, Madagascar Live dan D’Artagnan and Three Seals. Tarikan disini disediakan untuk pelbagai kategori umur daripada kanak-kanak hinggalah warga emas. Bagi kanak-kanak jangan lupa untuk menyaksikan animal show disini yang sangat menghiburkan walaupon dalam bahasa Korea.
Antara tarikan utama yang menjadi tarikan pengunjung disini ialah T Ekspres yang merupakan salah satu roller coaster kayu yang paling curam di dunia dengan sudut pugaknya pada 77° dan dengan kelajuan 104 km/jam.
Walau apa pun kalau tanya hero aku Alief Danial & heroin Ainin Sofia, jawapannya ..... "BEST LAGI DISNEYLAND !!!!! LAIN KALI KITA G DISNEYLAND YERK" Errrrkkkkk
Pintu masuk Everland |
Naik Cable Car |
Kartun favorite Alief Danial |
Agak2nya bila ler kali terakhir naik kuda mainan nie yek ? |
Nami Island atau dalam bahasa Korea disebut sebagai Namiseom terletak di Chuncheon, Korea Selatan. Ianya terletak lebih kurang 63 km dari Seoul. Perjalanan dari Seoul menggunakan subway dan train akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Apabila anda telah sampai ke Namiseom Dock, anda akan menggunakan feri untuk sampai ke Nami Island. Di Nami Island anda boleh menghabiskan masa dengan bersiar-siar di pulau ini dengan menggunakan basikal, menaiki keretapi mini atau berjalan kaki. Pemandangan di pulau sangat cantik terutamanya di musim luruh apabila daun-daun disini berwarna kekuningan. Bagi peminat drama Korea Winter Sonata, anda boleh mengimbau kembali memori drama tersebut kerana sebahagian pengambaran drama Winter Sonata dibuat di Nami Island. Bagi yang beragama Islam, terdapat surau disediakan di bahagian tengah pulau di deretan restoran. Harga tiket untuk ke Nami Island ialah 10,000 Korean Won untuk dewasa dan 4,000 Korean Won untuk kanak-kanak. Harga tiket telah termasuk dengan tambang feri untuk pergi dan balik. Tanpa membuang masa jom intai pemandangan cantik Nami island dari lensa kesayangan aku !!!
Feri ke Nami Island |
Hoyeh .... dah sampai !!! |
Main baling daun nie paling diorg suka !!! |
Aksi HERO |
Lunch - Nasi Goncang |
Honeymoon Couple |
Sewa Basikal Bermotor |
Begitulah coretan untuk 2 hari yg istimewa ini !!!!
Sebagai penutup tirai untuk malam terakhir di Seoul, kami makan malam di Savaro Restaurant. Happynya muka semua coz dapat makan nasi putih, tomyang, rendang daging muhahahahaha
Savaro Restaurant merupakan sebuah restoran malaysia yang dibuka di Itaewon Seoul oleh FELDA. Restoran ini menghidangkan pelbagai menu masakan Malaysia seperti Nasi lemak, rendang, sambal dan macam-macam lagi.
Bagi rakyat Malaysia yang menetap di Korea, kami sangat menanti-nantikan pembukaan restoran Malaysia di Korea.
Makanan yang dihidang di restoran ini semuanya dijamin Halal. Chef restoran ini merupakan rakyat Malaysia. Bagi rakyat Malaysia yang menetap di Korea, kami sangat menanti-nantikan pembukaan restoran Malaysia di Korea.
Makanan Malaysia yang sangat dirindui oleh kami sepanjang 7 hari ini !!! |
Dessert "Strawberry Ice Cream with Cream" |
Apalagi harus ler tidur lena malam ni.
Semua pakat packing - packing baju untuk pulang ke tanahair ku Malaysia Tercinta !!!
Bagi aku perjalanan kali ini sangat menarik, pemandangan yang cantik, menemui & mempelajari sesuatu yang baru. Sesungguhnya mengembara melihat negara orang bersama keindahan alamnya merupakan satu Ibadah.
Cantik sungguh ciptaan - Mu Ya Allah
#subhanallah
#allhamdulillah
#allahuakbar
No comments:
Post a Comment