“Dan Allah mewaijibkan manusia mengerjakan ibadah Haji (umrah) dengan
mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai
kepadaNya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadah Haji itu)
maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu pun) daripada
sekalian makhluk.” (Ali-‘Imran:97) Berbahagialah andai kita adalah pilihan untuk menjadi tetamu-Nya.
Syukur allhamdulillah yg tak terhingga, pada tanggal 28 Feb 2015, kami suami isteri dijemput menjadi tetamu Allah di Baitullah. Pengalaman yang sangat indah dan tak mungkin dapat dilupakan. Seperti
mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya
memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah. Di
antaranya ialah :
Kelebihan Umrah
1. Menjadi Tetamu Allah
• Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :
“Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”
2. Pahala Dan Ganjaran Dilipatgandakan
• Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah :
“Para jemaah haji dan umrah adalah
tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan
apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang
telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi
sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
3. Tidak Dihisab Jika Meninggal Dunia Semasa Menunaikan Umrah
• Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :
“Barang siapa keluar untuk menunaikan
ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan
pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa
meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili
dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, ‘Masuklah ke
dalam syurga’”
4. Pahala Umrah Bulan Ramadhan Menyamai Ibadah Haji
• Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :
“Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”
5. Menghilangkan Dosa Dan Kefakiran
• Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
“Perturutkanlah antara haji dan umrah,
sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan
kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang
menghilangkan kotoran besi”
6. Diwajibkan Walaupun Sekali (Jika Mampu)
• Umrah juga diwajibkan atas manusia
sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak
diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman
dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”
• Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :
“Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)
7. Penghapusan Dosa
• Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud :
“Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah
lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji
yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”
Di sini saya berkongsi gambar kenangan sepanjang kami berada di Mekah & Madinah
Kami berada di Jabar Rahmah - tempat pertemuan Nabi Adam a.s bersama isterinya Hawa setelah terpisah berpuluh tahun selepas dibuang dari syurga
No comments:
Post a Comment