Wednesday, 2 December 2015

Syawal 2015

Assalamualaikum ...... sekian lama menyepikan diri hari ni rasa melambai lambai plak hati ni nak mengupdate blog. Nasi baik tak keluar sarang labah2 muhahahaha


Walaupun Syawal sudah lama melabuhkan tirai, aku tetap nk cerita kemeriahan kami sekeluarga sepanjang syawal 2015.


Persiapan raya tahun ni agak sederhana memandangkan kami sekuarga masih bersedih dengan pemergiaan anak bongsu kami Nur Aliya Nafisha; Al Fatihah buat bidadari wildan syurga kami.
 

Biskut raya tahun nie;
~ home-made hokey tak main ler biskut tunjuk2 - bini gua memang terer (kasi puji sikit hahahaha)

* Choc Chip
* Almond London
* Cornflakes Madu
* Biskut Cornflakes
* Biskut Suji

Kudap kudapan raya tahun nie;
~ yang nie baru ler beli
* Maruku Peas
* Kerepek Pisang Tanduk
* Rempeyek

Menu di pagi raya;

* Nasi Impit
* Rendang Kerisik Ayam
* Ayam Masak Sumur
* Rendang Daging Hijau
* Sambal Kacang
* Laksa Johor
* Brownies Cake



Foto Keluarga - tiada dlm gambar aku (kena keje wei) & family adik ipar (balik kedah)

 Lepas seminggu raya baru dapat cuti untuk balik ke kampung; tak kisahlah walaupun lambat ..... rayakan sebulan hehehehe


Muka happy balik kampung

HOYEH



Wife dengan Harith Alief Danial (anak bapak)


Menu wajib paling rare kalau balik kampung;
PECAL JAWA - kuah pecal yang pedas2 manis home made by Mak Long memang sentiasa di tunggu anak, cucu dan cicit setiap tahun.















Percutian Syawal kami diteruskan ke Kampung Batu Kurau Perak. Moh kita balik kampung yob .... musim doghiyan nie !!!!!



Janganlah mike smua jelez yer - kampung teman memang besar dusun doghiyan
 

Petai pon ada .... tengok mata dia bosau2

Durian Batu Kurau 5 *****

Hari berikutnya kami menjelajah Penang - JJCM (jalan - jalan cari makan kata deme)



Pesembuq Penang - kami mai no   


Perjalanan kami di Penang tak lama, makan tengahari Nasi Kandar di Line Clear, kami terus ke Art Museum dan berakhir di Bukit Bendera.






Foot Massage di Bukit Bendera


 Aneka Labu Sayung di Kuala Kangsar
Singgah makan Laksa Kuale

Berakhir percutian singkat Syawal 2015; tiba masa plak kawan2 datang menziarah ke rumah & celebrate Birthday gua yang ke - 17 hihihi

Tambah kapsyen




Antara menu untuk santapan kawan2;

* Nasi Lemak
* Spaghetti Carbonara
* Pasta Seafood Olio
* Macaroni Fried Puree
* Laksa Penang
* Aneka kuih muih, pastri & kek





Allhamdulillah .... moga bertemu lagi di Syawal tahun depan.


CHOW

P/S :- travel mana plak lepas nie ?











































Wednesday, 17 June 2015

Pasar Ben Than Ho Chi Minh Vietnam



Bagi yang gemar membeli-belah, Pasar Ben Thanh adalah lokasi yang wajib anda kunjungi jika ke Ho Chi Minh. Pasar ini amat popular dalam kalangan pelancong dari Malaysia. Antara yang menariknya pasar Ben Thanh ini, peniaga-peniaga di sini boleh berbahasa Melayu dan menerima matawang Ringgit Malaysia (MYR). Mudah bukan untuk berkomunikasi? Jangan lupa asah skill  tawar-menawar anda sebelum membeli-belah di sini untuk membeli barangan dengan harga yang lebih rendah.
Pasar yang dianggap syurga membeli belah pelancong dari  Malaysia ini dikatakan mempunyai sekitar 3,000 kedai yang menjual pelbagai jenis fabrik, barangan kraf, sutera Vietnam dan kain bersulam yang memang digilai oleh pelancong kita.
Walaupun di dalamnya agak sesak dan panas tanpa pengudaraan yang baik, tempat ini tetap menjadi destinasi nombor satu kaum hawa. Jadi jangan lupa singgah untuk mengetahui sendiri apa yang seronoknya di pasar Ben Thanh ini.

Tips2 & Info Tambahan :

  • Sekiranya anda mencari magnet peti sejuk ataupun keychain, anda boleh juga membelinya di kedai-kedai sekitar kawasan hotel anda. Harga yang ditawarkan lebih kurang sama atau lebih murah.
  • Jaga-jaga! Ada di antara peniaga-peniaga di sini yang agak agresif dan bertindak menarik tangan anda terus ke kedainya. Ada juga yang akan bermasam muka jika anda tidak membeli-belah di kedai mereka. Abaikan taktik sebegini sekiranya anda sayangkan wang anda, terus sahaja ke kedai seterusnya.
  • Peniaga-peniaga di sini juga tidak suka jika anda menunggu atau berdiri di kedai mereka tanpa membeli apa-apa barangan. Jadi jika ada rakan atau keluarga membeli dan anda pula berdiri menunggu di luar kedai bertentangan, jangan terkejut jika dihalau oleh peniaga kedai.
  • Jangan lupa beli biji bunga teratai kering. Sambil menunggu rakan atau isteri membelek kain, anda boleh membuat makanan snek ini sebagai kudapan.
  • Jaga-jaga dengan penyeluk saku.
  • Bawa air mineral bersama. Anda mungkin akan berada lama di dalam pasar ini jika datang bersama-sama seorang atau lebih wanita.

Selamat Bershopping !!!!!

Lagenda Tangkuban Perahu, Bandung Indonesia


Gunung Tangkuban Perahu yang terletak kira-kira 30 km dari utara bandar Bandung ini merupakan salah satu gunung berapi yang masih hidup tetapi kurang aktif dan merupakan antara tarikan alam semulajadi yang paling popular. Letusan terakhir gunung berapi setinggi 2,084 meter ini adalah pada tahun 2013. Menariknya Gunung Tangkuban Perahu ini, anda boleh berada hampir sehingga ke kawah gunung berapi samada anda berjalan kaki atau menaiki kenderaan.
Untuk kunjungan anda yang pertama ke Gunung Tangkuban Perahu, anda dinasihati untuk mengambil khidmat pemandu pelancong yang dilantik badan pelancongan di sana ataupun anda boleh terus mengambil pakej ke Bandung yang menawarkan lawatan ke Tangkuban Perahu yang termasuk pemandu pelancong.
Di sini juga merupakan antara lokasi bergambar yang popular di kalangan pelancong. Jangan lupa membawa kamera untuk merakam keindahan alam dan kenangan anda bersama keluarga atau rakan-rakan di sana.
Pastikan anda membawa wang dan makanan yang mencukupi ketika lawatan. Perkhidmatan ATM tidak disediakan di sini dan harga makanan yang dijual di sini juga agak tinggi disebabkan faktor lokasi. Anda juga boleh membeli cenderamata di sini.

Menurut mitos atau lagenda Tangkuban Perahu, terdapat seorang puteri raja bernama Dayang Sumbi yang cantik dan cerdas tetapi amat manja. Pada suatu hari, Dayang Sumbi menenun kain tetapi pintalan benangnya asyik jatuh ke lantai. Sehingga sampai satu ketika, Dayang Sumbi yang naik berang apabila pintalan benangnya masih jatuh untuk kesekian kalinya, telah bersumpah bahawa sesiapa yang pertama mengembalikan semula benang yang jatuh akan dikahwininya.
Malangnya pintalan benang itu digigit dan dihantar ke tapak tangan Dayang Sumbi oleh seekor anjing sakti bernama Tumang. Mahu ataupun tidak, Dayang Sumbi terpaksa bernikah dengan anjing sakti tersebut.
Perkongsian hidup mereka berdua akhirnya melahirkan seorang anak lelaki bernama Sangkuriang. Sejak kecil, si anak kerap ditemani anjing sakti tersebut yang merupakan teman setia kepadanya. Namun, Sangkuriang tidak mengetahui bahawa anjing sakti tersebut adalah ayahnya.
Pada suatu hari, Dayang Sumbi menyuruh Sangkuriang memburu rusa untuk satu majlis keramaian. Setelah puas memburu, Sangkuriang gagal mendapatkan rusa seperti yang diminta ibunya. Tetapi oleh kerana tidak mahu mengecewakan ibunya, Sangkuriang membunuh anjing sakti dan menyerahkan daging anjing sakti kepada ibunya, seolah-olah daging rusa hasil buruannya.
Dayang Sumbi mengetahui bahawa anaknya telah membunuh Tumang hanya setelah selesai majlis keramaian tersebut. Disebabkan terlalu marah, Dayang Sumbi memukul Sangkuriang sehingga luka anaknya itu di bahagian keningnya dan kemudian menghalaunya keluar istana. Sangkuriang pun mengembara dan membesar di luar istana sehingga dewasa.
Beberapa tahun kemudiannya, Sangkuriang telah jauh cinta pada seorang wanita cantik. Tidak diketahuinya bahawa wanita itu adalah ibunya yang selama ini kekal muda dan tidak lagi mengenalinya. Mereka akhirnya memutuskan untuk berkahwin, sehinggalah pada satu hari, apabila Dayang Sumbi membelai rambut kekasihnya, dan ternampak bekas parut pukulannya.
Dayang Sumbi cuba menggagalkan perkahwinan mereka sambil merahsiakan keadaan sebenar dari Sangkuriang. Beliau berhelah dengan meminta syarat perkahwinan yang mustahil — iaitu Sangkuriang perlu membuat sebuah tasik yang boleh menutup seluruh bukit dan membuat sebuah perahu untuk mereka menyusuri tasik tersebut. Ia juga perlu disiapkan sebelum fajar.
Sangkuriang menggunakan kuasa saktinya beserta bantuan dari alam jin untuk membantunya. Apabila hampir fajar, Sangkuriang hampir selesai dan hanya perlu menebang pokok untuk menyiapkan perahunya.
Dayang Sumbiyang kaget akhirnya meminta bantuan dewi-dewi kayangan untuk mempercepatkan fajar dari biasa. Matahari terbit lebih cepat seterusnya menggagalkan usaha Sangkuriang.
Berang kerana merasa tertipu, Sangkuriang menendang perahunya ke dalam hutan sehingga ia jatuh dalam keadaan terlangkup. Perahu yang tertangkup ini kemudiannya menjadi Tangkuban Perahu. Tidak jauh dari situ terdapat satu bukit yang bernama Bukit Tunggul — iaitu hasil dari pohon yang diguna membuat perahu itu. Sangkuriang dan Dayang Sumbi dikatakan menghilangkan diri di dalam air tasik yang dibuat Sangkuriang dan tiada khabar berita sehingga kini. 

Begitulah serba sedikit pengupasan daripada mitos / lagenda cerita Tangkuban Perahu. 

















Tuesday, 7 April 2015

Hat Yai 20 - 22 Mac 2015

Assalamualaikum .......

Caption kali ini adalah berkisarkan group kami ke Hat Yai Thailand selama 3h 2m. Berbeza dengan trip yang lain kali ini kami menaiki pengangkutan darat iaitu executive bas. Perjalanan adalah sejauh 7 jam dari Kuala Lumpur dengan menggunakan bas.







Hat Yai merupakan sebuah bandar raya di selatan Negara Thai berhampiran dengan sempadan ke Malaysia. Hat Yai juga merupakan bandaraya yang terbesar di Wilayah Songkhla dan kawasan metropolis yang terbesar di Selatan Thai.Nama "Hat Yai" merupakan singkatan bagi "Ma Hat Yai", bermaksud pokok Ma Hat besar. 


Perjalanan :-

19 Mac 2015 / Khamis
10.30pm

Lebih kurang jam 10.30am kami memulakan perjalanan dari Bandar Baru Bangi menuju ke arah utara. Allhamdulillah perjalanan agak lancar, rata - rata kesemua penumpang tidur melelapkan mata, al maklum bas pon selesa, tempat duduk yang besar & luas, air cond sejuk plak tu .... so layanzzzzzzzzz

20 Mac 2015 /Jumaat
6.00am

Kami berhenti untuk menunaikan kewajipan pada yang maha Esa di Masjid Kampung Changlun Kedah. Nyaman sungguh udara pagi ni. Usai solat subuh kami meneruskan perjalanan menuju ke sempadan. Selesai urusan insuran, pertukaran matawang & sarapan pagi ...... beratur ler kami semua di imigresen.

Ainin Sofia & cousin dia Adelyn





bab nie yg paling malas ..... beratur sikit punya panjang ler. Pagi2 lagi dah penuh orang al maklum time cuti sekolah camni ...... he3















Welcome To Thailand !!! Sawadikap !!!!


















Dari Pekan Danok menuju Hat Yai hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam. 
Lawatan kami pada hari ini;

1. Membeli belah Pasaraya Baju & Cenderahati (Souvenir)
2. Melawat Kilang Madu
3. Membeli belah di Kilang Gajus & Kacang
4. Membeli belah di Nora Plaza Leather
5. Tak lupa makan tengahari dengan menu WAJIB di Thailand ...... TOM YAM !!!!
hahahahaha




Perjalanan yang jauh malam tadi membuatkan masing2 agak kepenatan untuk meneruskan lawatan .... so kami check in awal & berehat di Rama Hotel Hat Yai.
 

Selepas dinner di hotel, aktiviti malam adalah bebas. Aku & family pergi ke Le Garden .... antara pasar malam yang terkenal di Hat Yai. Aku memang respect giler dengan dessert yang diorg jual ..... kreatif sungguh tergugat iman & perut .... kuang kuang kuang
Korang tengok je lah gambar kt bawah hokey .....


Suasana malam di Le Garden

Aiskrim Kelapa

Udang Goreng pelbagai harga & size

Ayam Goreng & Burung Puyuh Goreng

Mangga (manis giler ooooo)

Pulut Mangga & Santan

Pulut & Santan selain di makan dengan mangga diorg pon makan dengan durian ...... berapa punya besar lah itu durian




21 Mac 2015 /Sabtu
9.00am

Selesai sarapan pagi; perjalanan kami diteruskan di beberapa tempat yang menarik. Antaranya :-

1. Shamila Beach Songkla
2. Chang Puak Camp
3. Hat Yai Ice Dorm
4. Hat Yai 3D Museum
5. Hat Yai Floating Market

Jommmm kita lihat beberapa pic "hanya gambar yang mampu berbicara" cheeeewwaaaahhhh


Kepala Naga - Shamila Beach

Pemandangan pantai yg tenang - cuaca agak panas

Foto Rombongan

Gerai2 menjual buah - buahan yg segar & manis ada di merata - rata
Naik kuda pusing - pusing pantai





Ikan Duyung Lagend

Taman Rekreasi di Shamila Beach

 
Chang Puak Camp Hat Yai



Antara aktiviti yang ada di camp ini

Kak Ana & Family naik gajah

Anak dara 2 orang nie sibuk plak nak menembak





Berangan jadi Pari -Pari - Hat Yai 3D Museum






Floating Market
Jualan pelbagai jenis makanan, minuman & dessert yang cukup menarik perhatian




Air Oren dlm pasu


Ice Cream Pasu

Santai Su & Family

Jelly Kelapa - sempat aku bawak balik rumah

Tomyam




Selesai lawatan untuk hari ini ..... malam kami naik tut tut umtuk ke Pasar Malam Hat Yat



22 Mac 2015 / Ahad
9.00am

Selesai sarapan pagi, kami check out awal. Sebelum balik ke KL kami singgah di Pasar Pagi Hat Yai ..... shopping lagi hahahahaha





Seterusnya kami ke Danok untuk ke Imigresen balik Malaysia. 
Allhamdulillah perjalanan balik ke Bandar Baru Bangi berjalan dengan lancar. Sempat kami membeli belah di kedai Jeruk Pak Ali hihihihi


Sekian caption untuk kali ini ...... sawadikap !!!!!


P/S : 
Jom follow group seterusnya


Pakej Hat Yai 3H2M all in hanya RM 468.00

Termasuk :-

Hotel
Bas Persiaran dari KL - Hat Yai - KL
Sesisi Lawatan bersama Tour Guide
Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam 



CHIOWWWW


Page Like Facebook : Russhahrill Tours
Intagram : russhahrilltours

Whatsapp : +6016 345 8481 / +6016 267 4251