Bagi yang gemar membeli-belah, Pasar Ben Thanh adalah lokasi yang
wajib anda kunjungi jika ke Ho Chi Minh. Pasar ini amat popular dalam
kalangan pelancong dari Malaysia. Antara yang menariknya pasar Ben Thanh
ini, peniaga-peniaga di sini boleh berbahasa Melayu dan menerima
matawang Ringgit Malaysia (MYR). Mudah bukan untuk berkomunikasi? Jangan
lupa asah skill tawar-menawar anda sebelum membeli-belah di sini untuk membeli barangan dengan harga yang lebih rendah.
Pasar yang dianggap syurga membeli belah pelancong dari Malaysia ini
dikatakan mempunyai sekitar 3,000 kedai yang menjual pelbagai jenis
fabrik, barangan kraf, sutera Vietnam dan kain bersulam yang memang
digilai oleh pelancong kita.
Walaupun di dalamnya agak sesak dan panas tanpa pengudaraan yang
baik, tempat ini tetap menjadi destinasi nombor satu kaum hawa. Jadi
jangan lupa singgah untuk mengetahui sendiri apa yang seronoknya di
pasar Ben Thanh ini.
Tips2 & Info Tambahan :
- Sekiranya anda mencari magnet peti sejuk ataupun keychain, anda boleh juga membelinya di kedai-kedai sekitar kawasan hotel anda. Harga yang ditawarkan lebih kurang sama atau lebih murah.
- Jaga-jaga! Ada di antara peniaga-peniaga di sini yang agak agresif dan bertindak menarik tangan anda terus ke kedainya. Ada juga yang akan bermasam muka jika anda tidak membeli-belah di kedai mereka. Abaikan taktik sebegini sekiranya anda sayangkan wang anda, terus sahaja ke kedai seterusnya.
- Peniaga-peniaga di sini juga tidak suka jika anda menunggu atau berdiri di kedai mereka tanpa membeli apa-apa barangan. Jadi jika ada rakan atau keluarga membeli dan anda pula berdiri menunggu di luar kedai bertentangan, jangan terkejut jika dihalau oleh peniaga kedai.
- Jangan lupa beli biji bunga teratai kering. Sambil menunggu rakan atau isteri membelek kain, anda boleh membuat makanan snek ini sebagai kudapan.
- Jaga-jaga dengan penyeluk saku.
- Bawa air mineral bersama. Anda mungkin akan berada lama di dalam pasar ini jika datang bersama-sama seorang atau lebih wanita.
Selamat Bershopping !!!!!
No comments:
Post a Comment