Thursday, 19 February 2015

Group / Event / Trip for year 2015

JANUARI 2015

2 Jan 2015                    : 1 day trip to Mekong River Ho Chi Minh 
28 Jan - 8 Feb 2015      :  Umrah Ziarah 

FEBRUARI 2015

1 - 4 Feb 2015               : 4 days 3 night to Bandung Indonesia
3 Feb 2015                     : 1 day trip to Mekong River Ho Chi Minh
6 - 9 Feb 2015               : 4 days 3 night Ho Chi Minh Vietnam
25 - 28 Feb 2015           : 4 days 3 night Padang Bukit Tinggi Indonesia

MAC 2015

20 - 22 Mac 2015          : 3 days 2 night Hat Yai Thailand
30 Mac - 1 Apr 2015     : 3 days 2 night Langkawi

APRIL 2015

10 - 12 April 2015          : 3 days 2 night Ho Chi Minh Vietnam 
14 - 17 April 2015          : 4 days 3 night Bali Indonesia (Honeymoon) 
30 - 3 May 2015             : 4 days 3 night Acheh Indonesia

MAY 2015

1 - 4 May 2015             : 4 days 3 night Ho Chi Minh Vietnam
13 - 17 May 2015         : 5 days 4 night Seoul Korea
20 - 22 May 2015         : 3 days 2 night Krabi (Honeymoon)

JUNE 2015

1 - 4 June 2015             : 4 days 3 night Medan Lake Toba

OCTOBER 2015

2 - 4 Oct 2015             : 3 days 2 night Hanoi Vietnam

DECEMBER 2015

4 - 7 Dec 2015             : 4 days 3 night JB - Singapore
11 - 12 Dec 2015         : 2 days 1 night Family Day Event Janda baik




Wednesday, 18 February 2015

Umrah Ziarah - Tetamu Allah 2015

Assalamualaikum wbt

“Dan Allah mewaijibkan manusia mengerjakan ibadah Haji (umrah) dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadah Haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.” (Ali-‘Imran:97) Berbahagialah andai kita adalah pilihan untuk menjadi tetamu-Nya. 

Syukur allhamdulillah yg tak terhingga, pada tanggal 28 Feb 2015, kami suami isteri dijemput menjadi tetamu Allah di Baitullah. Pengalaman yang sangat indah dan tak mungkin dapat dilupakan. Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah. Di antaranya ialah : 

Kelebihan Umrah

1. Menjadi Tetamu Allah

• Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : 

“Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”

2. Pahala Dan Ganjaran Dilipatgandakan

• Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah : 

“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

3. Tidak Dihisab Jika Meninggal Dunia Semasa Menunaikan Umrah

• Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

“Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, ‘Masuklah ke dalam syurga’”

4. Pahala Umrah Bulan Ramadhan Menyamai Ibadah Haji

• Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : 

“Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”

5. Menghilangkan Dosa Dan Kefakiran

• Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : 

“Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi”

6. Diwajibkan Walaupun Sekali (Jika Mampu)

• Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud : 

“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” 

• Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata : 

“Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)

7. Penghapusan Dosa

• Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : 

“Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”

 

 Di sini saya berkongsi gambar kenangan sepanjang kami berada di Mekah & Madinah


 
Kami berada di Jabar Rahmah - tempat pertemuan Nabi Adam a.s bersama isterinya Hawa setelah terpisah berpuluh tahun selepas dibuang dari syurga