Pada 25 - 28 Februari 2015; sekali lagi pihak kami membawa group ke PadangBukittinggi.
Apa yang menarik di Bukittinggi? Bagi orang perempuan tentunya shopping kain sulam dan telekung di Pasar Atas dan Pasar Bawah atau pun di Pasar Aur Kuning (pasar pemborong). Bagi orang lelaki, shopping mungkin perkara kedua atau ketiga jika berkunjung ke Bukittinggi. Alternatifnya, ada banyak tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Bukittinggi. Di antaranya ialah Jam Gadang, Janjang 40, Janjang Koto Gadang, Lubang Jepang (Jepun), Taman Marga Satwa & Budaya Kinantan (kebun binatang - zoo) Muzium Rumah Gadang (dalam zoo), Jambatan Limpapeh, Museum Tri Daya Eka Darma (Muzium Tentera), Benteng Fort De Kock, Monumen Bung Hatta dan Rumah Kelahiran Bung Hatta.
Mari kita lihat beberapa foto menarik sepanjang 4h3m kami di Padang - Bukittinggi.
Hari Pertama
25 Feb 2015
Rabu; 9.00 am
![]() |
Di depan airport - bergambar dulu. Muka mengantuk smua .... mana ke idak kul 5am dah terpacak kt KLIA 2 |
![]() |
Ala - ala gedik kejap - selfie guna monopod dulu |
![]() |
Perjalanan pertama kami teruskan ke PANTAI AIR MANIS - untuk menyaksikan kisah lagenda Malin Kundang yang di sumpah menjadi batu setelah mengecewakan ibu kandungnya. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMplIQkLva5gNW285LCA68_qIuS3dTouiYNwKGDpVGZGgOGIN2sGizvrO9Weyx62Z3jBHtEs4X2elJMTYKksv-2j5jke_hckHi8ZTrXdH5IPn1i7fRU5YUJ89-xWtIhWUekYqdSPKIL1Qu/s1600/18.jpg)
Kelihatan batu seakan "manusia" sedang bersujud kononya Malin Kundang ingin meminta ampun kepada ibunya tetapi dia telah di sumpah menjadi batu. Bukan saja Malin Kundang menjadi batu, malah semua anak kapal termasuk bahtera malin Kundang yang besar itu.
![]() |
Mural kisah "Si Malin Kundang" |
![]() |
Perjalanan di teruskan ke Bukittinggi menyusuri Lembah Anai |
Air Terjun Lembah Anai kelihatan menarik dan ramai pengunjung datang ke sini. Bas yang membawa kami berhenti seketika. Kami sempat mengambil foto. Ramai pengunjung sama ada penduduk dari Bukit Tinggi atau dari Padang. Dikatakan airnya yang bersih dapat mengubati banyak penyakit dan juga awet muda (yerrr ker???)
Di sekitar air terjun terdapat monyet yang berkeliaran. Air terjun dengan ketinggian kurang lebih 60 meter ini punya pemandangan luar biasa.
On the way perjalanan ni memang tak rasa mengantuk pon sebab leka tengok pemandangan sekeliling.. sawah padi di kiri kanan memang sangat layannnn.. hehehe.. yang aku perasan, sini sawah padi ikut suka hati diorang je tak semestinya kalau satu tapak tu hijau semua hijau.. kadang2 kita leh tgk tapak ni baru nak tumbuh, sebelah dah kuning mekar nak masak dah..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjL7YHocF1NDMsE-VDYFUvHBEYvvTw0sfNXYTHqhaQ8UGsc1ePy8gFf5Ar6sDgmFthu9dcNTj5DFOsgWzfn4m6ZB_nRxz-YT_DlV-VTyhTCU9jq4q9JknulBS1mFJ1J3zNkFRdFzSmGWIhe/s1600/11000283_10153195766366392_7414636316236114965_n.jpg)
![]() |
Pemandangan Rumah Gadang dari depan |
![]() |
Rumah kecik ni adalah rumah penyimpanan padi & beras |
Seterusnya kami ke Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau. Sedikit penerangan tentang budaya orang Minangkabau, adat pepatih dan rumah gadang.
Nak tau apa ceritanya ???? Hehehehe meh follow next group (jangan mare aarrr)
![]() |
Singgah solat & makan tengahari nasi padang di Lamun Ombak |
Perjalanan seterusnya kesukaan orang perempuan ..... SHOPPING SHOPPING SHOPPING !!!!
Lepas makan malam kami sampai di Bukittinggi jam 8pm.
![]() | |||
Check in di Bunda Hotel |
Selamat Malam Malaysia !!!
*******************************************************
Hari Kedua
26 Feb 2015
Khamis; 9.00 am
Lepas breakfast perjalanan tour menuju ke Batu Sangkar. Dalam perjalanan kami singgah di Kampung Baso mengunjungi Pusat Tenunan & Sulaman Hj Rosma yang terkenal. Ramai orang Malaysia datang untuk belajar; RM 4500 untu 3 bulan latihan - siap tempat tinggal, makan minum semua.
![]() |
Di hadapan pintu masuk |
![]() |
Sulaman yang dibuat tanpa perlu dilukis di atas kain - HEBAT !! |
![]() |
Kedai Jualan |
![]() |
Pelbagai jenis kain, tudung, beg, alas meja, cadar dengan sulaman yang halus & cantik |
![]() |
Geram wei tengok baju kebaya sulam yang comel lote ni |
Perjalanan di teruskan, dan kami berhenti di Tabek Patah yang terkenal dengan perusahaan kopi, teh dan pisang salai. Singgah di kedai Kopi Kiniko untuk membeli buah tangan (ole-ole kata diaorg); disini ada juga menjual rempah2, kerepek, pisang salai, kopi & teh. Menarik disini semua tetamu yang datang di hidangkan Air Daun Kopi & Air Daun Mulbery di kacau bersama kulit kayu manis ..... yg best aku nk cakap diorg bagi benda nie FREE !!!! Hahahahaha
![]() |
Kiniko - kedai / kilang memperoses serbuk kopi |
![]() |
Beratur pengunjung nak rasa kopi / teh FREE |
![]() |
Tempat duduk untuk para tetamu - unik |
![]() |
Inilah rupanya Daun Kopi, sedap bila kacau dengan kulit kayu manis nie bau harum semerbak |
![]() |
Bergambar kenangan -eh eh baru perasan x smua ada dalam gambar ....mana diorg pegi masa nie pon aku x tau |
![]() |
Gambar dari hadapan Istana |
![]() |
Selfie dulu coz rasa diri hensem plak kan |
![]() |
Gaya burung terbang |
![]() |
Pemandangan dari tingkat atas |
Dalam Istana nie (ala -ala Muzium) banyak tersimpan sejarah & adat tentang minangkabau.... nak cerita banyak pon panjang lebar benar nk tulis .... jom ler follow group aku all in RM 900 jer (flight + hotel + tour & makan) hihihihi
Pada sesapa yang nak mencuba pakaian pengantin tradisional Minangkabau boleh sewa kt sini utk photoshoot ...... hanya RP 35,000 sepasang.
![]() |
Husainy & Saodah yg sgt sporting |
![]() |
Husainy :" Saya redha & pasrah ikut cakap bini" Hahahahaha |
![]() |
Ummi termenung dok bayangkan pelamin dia tahun depan |
![]() |
Di pintu hadapan kedai makan - Pondok Flora |
![]() |
Sawah Padi |
![]() |
Motif & gaya gambar tidak dapat dikenal pasti - ikut arahan Alief Danial |
Aku cari caption gamabr makanan x jumpa plak .... maaf lah yer (wink wink). Orait perut dah terisi kewajipan pada Illahi pon dah tertunai, kami kembali lagi ke Bukittinggi melalui Kampung Pariangan yang merupakan kampung tertua di Minangkabau sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Sampai di Bukittinggi hari masih siang kami terus ke Jam Gadang tempat famous orang perempuan (Pasar Atas & Pasar Bawah) ..... apa lagi kan klu bukan SHOPPING !!!!
Sedikit info berkenaan jam Gadang yg aku ambil dari pakcik gogel
Sejak awal berdirinya, lokasi Jam Gadang merupakan jantung kota Bukittinggi. Bangunan semacam tugu setinggi 26 meter dengan bulatan jam di keempat sisi bagian atasnya ini dibangun pada tahun 1826 sebagai hadiah dari Ratu Belanda kepada Controleur atau Sekretaris Kota Bukittinggi waktu itu, Rook Maker. Jadi, umurnya sudah lebih dari 180 tahun. Pembangunannya diselesaikan oleh arsitek Yazin dan Sutan Gigi Ameh dan biaya pembangunan ‘hadiah’ ini mencapai 3.000 Gulden pada saat itu.
Bentuk atap Jam Gadang telah mengalami tiga kali penyesuaian dari waktu ke waktu. Pada jaman Belanda, atapnya berbentuk bulat dengan patung ayam jantan di atasnya. Pada waktu Jepang berkuasa di tanah air, mereka mengganti bentuk atapnya seperti atap klenteng. Kemudian setelah kemerdekaan diproklamirkan, bentuk atapnya diubah menjadi bergonjong empat seperti atap rumah adat Minangkabau dan bermotifkan pucuk rebung. Bagian atas Jam Gadang ini masih terlihat dari kawasan Jempatan Limpapeh yang berjarak sekitar 1 km dari lokasi.
![]() |
Pasar Atas |
![]() |
Aneka souveniur |
![]() | ||
Perkhidmatan pusing2 bandar dengan kuda - RP 50,000 boleh naik 3 orang .... lebih kurang 10 - 15 minit |
Penat pusing cuci mata & poket, kami makan malam Nasi Padang di Restaurant Sederhana. Balik ke hotel tidur & rehat.
Selamat Malam Malaysia !!!
*******************************************************
Hari Ketiga
27 Feb 2015
Jumaat; 9.00 am
Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan perjalanan hari yang ke-3; Nasi Goreng & Kuih Lopez.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjA_cUC79aM9TIppbSzXDd50VWyT0sorSh18ZpBQSQfEfwhTVE5fq5u-GSokdpposBnLklUumhAU0GUZBaiE6NLYhOc7lUxi7LdYHhDsBRFkO-Tn5pLQoY2j9J31cnhVSqCSi6a96PV2hBu/s1600/20150227_074005.jpg)
Perjalanan pagi ini kami menuju ke Tasik Maninjau melalui Pusat Kerajinan Perak Kota Gadang, melihat keindahan Sungai Landia & Embun Pagi.
Tasik Maninjau merupakan sebuah tasik kaldera di Agam, Sumatera Barat Indonesia yang terletak 16km di barat Bukittinggi. Ia merupakan danau vulkanik yang mempunyai keluasan 99.5km persegi. Ia juga terkenal dengan keindahannya yang tersendiri, suasana pergunungan dan kebersihan air di Tasik Maninjau. Di sinilah juga tempat kelahiran ulama terkenal, Buya Hamka dan terdapat Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka disini.
Pick stop kami yang pertama pagi ini adalah di Lubang Jepang. Ia merupakan sebuah terowong perlindungan yang dibangunkan oleh tentera Jepun pada sekitar tahun 1942. Lubang Jepang mula menjadi salah satu pusat perlancongan sejarah pada tahun 1984 oleh pemerintah Kota Bukittinggi.
![]() |
Kak Loon di pintu hadapan |
![]() |
Group Pic dulu hehehehe |
![]() |
Pandangan dari atas sebelum menuruni tangga untuk menyusuri terowong yang gelapppppp |
![]() |
Haip !!!! |
Perjalanan seterusnya kami berhenti di Pusat Kerajinan Pembuatan Perak (silver)
Sempat ler jugak mereka2 ni shopping gelang, cincin batu dan beberapa perhiasan dari perak dan jed.
Untuk sampai di Tasik maninjau, kami melalui jalan yang dikenali sebagai Kelok 44.Berhenti kejap di Kelok 37 untuk dapatkan pemandangan yang indah. Tapi sayang keadaan yang agak berkabus pagi itu membataskan pemandangan kami. Kawasan ini sangat terkenal dengan perusahaan pertanian Labu. So tak heranlah terdapat banyak produk makanan yang di perbuat daripada labu. Mereka nie sangat kreatif dalam mempelbagaikan produk tempatan.
![]() |
Cendol Labu |
![]() | ||
Nie ler rupanya Cendol Labu ...... boleh tahan tp rasanya sedap lagi ABC Malaysia hihihihi |
![]() |
Toko (kedai) yang menjual segala macam kerepek & kekacang daripada labu |
![]() |
Besar2 sungguh labu kt sini ..... bape kg ler agaknya sebiji nie kan |
Oleh kerana cuaca tak berapa elok (berkabus sebab hujan lebat malam sebelumnya) so aku share gambar pemandangan tahun lepas ..... he3
Lepas kul 1pm perut mula berbunyi, tengahari itu kami singgah makan di Restaurant Simpang Raya.
![]() |
Makanan sedap dengan kemudahan tempat solat yang sangat selesa |
![]() |
Perut Kenyang Senang Hati !!! |
Perjalanan seterusnya kembali ke Bukittinggi singgah di beberapa buah kedai yang menjual kain2 sulam & tenun......its shopping time !!!!!! Herrrmmmmm Sementara menunggu waktu untuk makan malam kami berlibur & mencuci mata di kawasan Jam Gadang. Last shopping kononya .....besok nak balik orang Malaysia kalau keluar negara bukan boleh stay lelama ..... dok rindu teh tarik & roti canai ler jawabnya !!!!
Dinner malam nie Ayam Bakar Penyet !!!
Dah kenyang macam biasa mata pon mula mengantuk .... balik hotel awal sikit coz smua kena packing barang besok nak balik !!!!!!
Selamat Malam Malaysia !!!
*******************************************************
Hari Keempat
28 Feb 2015
Sabtu; 9.00 am
Semangat memasing bangun pagi hari ni coz dah tak sabar nak balik hahahaha
Oleh kerana 3 malam ini kami menginap di Bukittinggi so kena check out awal sikit untuk ke airport di Padang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Lagi pula ada satu lagi tempat menarik yang kami nak singgah (errrkkk x habis lagi ???? hehehehe)
![]() |
Bye Bye - Bunda Hotel |
Kalau dah sampai Bukittinggi tak sah rasanya tak bawak kawan2 singgah kat sini.Makanan tradisi (kuih) yg you all kena rasa bila ke Bukittinggi. Its called Bika Neraka ..... bunyi macam scary hahaha tempatnya di Talago Koto Baru. Ia sejenis kuih daripada pisang dan kelapa + tepung beras dan dimasak didlm periuk dapur kayu menggunakan api atas & bawah. Unik takkkk ???
![]() |
Bika Talago di Kota Baru |
![]() |
Kedai simple tepi jalan jer |
![]() |
Di masak dalam periuk dengan menggunakan api atas & bawah ..... kuih tak kena direct pada api |
![]() |
Ada 2 jenis Bika .... yang coklat di buat dari pisang + tepung beras, yang putih dari kelapa + tepung beras. Bancuhannya boleh tahan 2 hari. |
![]() |
Posing dulu |
![]() |
Gadis comel - Kak Loon & Kak Anna |
![]() |
KAMI !!! |
Cukup sampai di sini caption aku berkenaan Padang & Bukittinggi. Sampai kita berjumpa lagi di ruangan seterusnya.
P/S :- Trip yang berikut; Hat Yai 19 - 22 Mac 2015
No comments:
Post a Comment