Friday, 30 September 2016

Destinasi Romatik Asia Tenggara


HONEYMOON @ BERBULAN MADU








Kalau korang sebut jer KAHWIN mesti berkait rapat dengan HONEYMOON kannnnn ..... so entry kali nie bro nak share 5 lokasi berbulan madu yang terbaik di Asia Tenggara (jangan claim abg x payung hokey) Kalau ikutkan pilihan memang banyak .... 3 hari menulis tak habis muhahahaha

Destinasi yang romantik dan sesuai untuk berbulan madu bukan senang nak cari dan ciri-ciri destinasi itu mesti mempunyai ciri-ciri yang tenang dan mendamaikan jiwa ...... cheewahhhh


Korang tau tak Asia Tenggara di anugerahkan dengan pelbagai destinasi yang menarik dan cantik dan yang awesome melancong ke negara-negara jiran kita tak lah semahal tempat lain.


Jom kita kenali antara tempat romatik yang menduduki tempat teratas di Asia Tenggara


1. Lombok, Indonesia

 

Lombok adalah destinasi dari negara jiran kita Indonesia. Di gelar sebagai Bali ke 2, pulau ini masih lagi belum di sentuh pembangunan besar-besaran kiranya masih suci ler ni ..... hahahaha 
Ini membuatkan Lombok menjadi destinasi romantik utama di Asia Tenggara. Jangan lupa singgah tiga kepulauan kecil bernama Gili apabila di Lombok kerana di situ lah anda akan rasakan nikmat romantik itu. 

Gua pon tak sampai lagi ..... sedang usha tiket murah nk bawak bini gua honeymoon yang ntah kali ke berapa hahahaha


gua plan nk berdiri atas ni pakai kain batik sambil pegang bendera MALAYSIA !!!!! Agak2 kalau suh bini gua berdiri pki baju kurung dia nak tak ? Herrrmmmmm


2. Pulau Rawa, Malaysia

 

Sapa kata negara kesayangan kita tak cantik ???? Sila jawab ????
Di negara kita juga mempunyai pulau yang dikatakan sanga romantik. Terletak di Johor, Pulau Rawa ini mempunyai pantai cantik yang masih belum di bangunkan secara besar besaran dan sesuai untuk aktiviti romantik ataupun lasak seperti skuba dan snorkelling.


memang rasa damai betul tengok pantai ni


3. Borocay, Filipina

 

Terletak di selatan Manila, pulau kecil bernama Boracay kini semakin menjadi popular dikalangan pasangan yang mahukan aura romantik. Keindahan pantainya pasti membuat adna rasa begitu tenang dan gembira.



4. Hoi An, Vietnam

 

Bandar bersejarah ini mempunyai keunikan dan ciri yang romantis. Hoi An mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan kata orang boleh membuat mana-mana pasangan jatuh cinta buat kali kedua (orang kata bukan gua .... so dilarang pergi berseorangan hokey) .Terletak di sebelah timur Vietnam, banyak aktiviti romantik yang anda boleh lakukan


nantikan entry terbaru berkenaan tempat ni

5. Phuket, Thailand

Jiran kita thailand memang sudah menjadi destinasi paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Pantainya yang indah membuat Phuket menjadi salah satu destinasi romantik.



memang cantik ..... terpegun gua tengok macam lukisan


So yang mana agaknya menjadi pilihan korang?
Apapun gua nak bagitau KAKI JALAN RT ada menyediakan beberapa HONEYMOON PACKAGE ...... antara tempat2  adalah seperti di bawah :-


1. Bali Indonesia
2. Krabi Thailand
3. Phuket Thailand
4. Lombok Indonesia
5. Hoi An  Vietnam
6. Boracay Filipina  


Untuk mendapatkan harga pakej yang menarik boleh whatsapp gua di talian :
 +6016 3458481 / +6016 267 4251




ADIOS

Friday, 23 September 2016

Padang Bukittinggi

Assalamualaikum sahabat ......


Untuk yang ke ????  Errrkkk berapa kali pon gua dah lupa (maafkan beta) hahahahaha
 
Sebelum nie sudah ada entry berkenaan Group di Padang Bukittinggi (link bawah)

http://kakijalanrt.blogspot.my/2015/03/padang-bukittinggi.html 

Group kali ni bersiaran pada 6 - 9 Mac 2016; usah ditanya kenapa entry ni baru keluar (maafkan beta) kepadatan masa membuatkan gua tak mampu bersiaran sekerapnya.

Group yang lepas gua bawak tetamu ke Pantai Air Manis menyaksikan sumpahan Malin Kundang dan untuk group ini gua bawak menyusuri sejarah Buya Hamka. Sebelum sampai kerumah peninggalan Buya Hamka ..... kita enjoy beberapa keping gambar dulu hokey !!!!



City Tour pertama kami setelah turun dari airport; mengunjungi Padang Kota Lama, Jembatan Siti Nurbaya dan Muara Padang
Air Terjun Lembah Anai



Acara yang ditunggu - makan t/hari Nasi Padang 


Shopping  & Berbelanja











Tidak lengkap kalau datang ke Bukittinggi tapi tidak berbelanja. Selain kain sulaman yang cantik dan hasil tenunan yang unik Bukittinggi juga terkenal dengan kudapan ringan, cenderahati dan juga barangan kulit dan pastu harganya sangat berpatutan.


Rasa dulu ..... sedap baru beli !!!! Hahaha tapi jangan terkejut kalau dah rasa tak sedar rupanya TERRRR beli berkilo - kilo !!!!


Barangan kulit ; jam, tali pinggang, jaket motor, beg sandang dan lain2








Siapakah Buya Hamka ?



Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenal dengan panggilan HAMKA adalah seorang ulama, sasterawan, sejarahwan, dan juga ahli politik yang sangat terkenal di Indonesia. Buya HAMKA juga seorang pembelajar yang otodidak dalam bidang ilmu pengetahuan seperti filsafat, sastera, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam maupun Barat. 
Hamka pernah memikul tugas sebagai menteri agama dan juga aktif dalam politik Indonesia. 
Hamka lahir di sebuah desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, pada 17 Februari 1908 dan meninggal di Jakarta, 24 Julai 1981 pada umur 73 tahun.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam siapakah Buya Hamka 
boleh baca link dibawah :-

 http://bio.or.id/biografi-buya-hamka/






Rumah kelahiran Buya Hamka telah menjadi sebuah museum yang banyak menyimpan sejarah mengenai kehebatan Buya Hamka

Mendengar penerangan / cerita tentang kehidupan Buya Hamka dari salah seorang waris keturunan Beliau

Tekun memasing dengar cerita sejarah

Perjalanan seterusnya kami melawat ke Istana Bosa Pagaruyung. 

 

Apa yang diceritakan pd gua oleh petugas yang ada, Istana Baso Pagaruyung ini bukan istana yg original, tempat ni dibina untuk tujuan tarikan pelancong. Istana yang asal terletak di sebuah bukit yang bernama Bukit Batu Patah. Istana Baso Pagaruyung ini sudah ada sejak lama, tapi di bina semula selepas peristiwa kebakaran pada tahun 2007. Uniknya semua Rumah Gadang & Istana Baso Pagaruyung adalah ukiran di dinding luar dan dalam dan juga di bumbungnya. Semua ukiran ini mempunyai motif dan maksud tersendiri mengenai kehidupan dan adat resam orang Minangkabau.

Sangat sporting bila semua setuju menggayakan baju pengantin Minangkabau


Macam berat jer gua tengok aksesori atas kepala tu hahahaha

Aktiviti kami seterusnya lawatan ke Lobang Jepang, shopping di pasar atas Jam Gadang dan juga menyaksikan tarian asli Minangkabau.



Lobang Jepang adalah salah satu peninggalan sejarah tentang tentera Jepun di tanah Bukittinggi. Ia dibangunkan oleh tentera Jepun menggunakan buruh paksaan (dari Sumatera, Jawa & lain2) sebagai benteng pertahanan tentera Jepun. Nak tau kisah SERAM kt sini tak ???? Jeng jeng jeng
Tak payah tulis panjang lebarlah yer ...... korang baca link bawah ni ..... hahaha

https://www.facebook.com/notes/kisah-misteri/misteri-lobang-jepang-di-bukit-tinggi-sumatera-barat-/166738066735829/
 


Turun kebawah lobang Jepang !!!!
Jeng Jeng Jeng

Area Jam Gadang

Tarian Tradisional Minangkabau

Tamat sudah pengembaraan gua bersama kawan2 ...... ada yang berhajat nk follow group gua whatsapp gua hokey +6016 267 4251 

Pakej 4H3M @ serendah RM900 ++

* International Flight Ticket

* Luggage

* 3 night stay at hotel (3 start or similar)

* Airport transfer & return

* Private Transport with driver and tour guide

* Daily Tour

* Enterance Fees


 

FB : Kaki Jalan RT

Email : kakijalanrt@yahoo.com

Instagram : Russhahrill Tours