HONEYMOON @ BERBULAN MADU
Kalau korang sebut jer KAHWIN mesti berkait rapat dengan HONEYMOON kannnnn ..... so entry kali nie bro nak share 5 lokasi berbulan madu yang terbaik di Asia Tenggara (jangan claim abg x payung hokey) Kalau ikutkan pilihan memang banyak .... 3 hari menulis tak habis muhahahaha
Destinasi yang romantik dan sesuai untuk berbulan madu
bukan senang nak cari dan ciri-ciri destinasi itu mesti mempunyai ciri-ciri yang tenang dan mendamaikan jiwa ...... cheewahhhh
Korang tau tak Asia Tenggara di anugerahkan dengan
pelbagai destinasi yang menarik dan cantik dan yang awesome melancong
ke negara-negara jiran kita tak lah semahal tempat lain.
Jom kita kenali antara tempat romatik yang menduduki tempat teratas di Asia Tenggara
1. Lombok, Indonesia
Lombok adalah destinasi dari
negara jiran kita Indonesia. Di gelar sebagai Bali ke 2, pulau ini masih
lagi belum di sentuh pembangunan besar-besaran kiranya masih suci ler ni ..... hahahaha
Ini membuatkan Lombok menjadi destinasi romantik utama di Asia Tenggara. Jangan lupa singgah tiga kepulauan kecil bernama Gili apabila di Lombok kerana di
situ lah anda akan rasakan nikmat romantik itu.
Gua pon tak sampai lagi ..... sedang usha tiket murah nk bawak bini gua honeymoon yang ntah kali ke berapa hahahaha
![]() |
gua plan nk berdiri atas ni pakai kain batik sambil pegang bendera MALAYSIA !!!!! Agak2 kalau suh bini gua berdiri pki baju kurung dia nak tak ? Herrrmmmmm |
2. Pulau Rawa, Malaysia
Sapa kata negara kesayangan kita tak cantik ???? Sila jawab ????
Di negara kita juga mempunyai pulau yang
dikatakan sanga romantik. Terletak di Johor, Pulau Rawa ini mempunyai
pantai cantik yang masih belum di bangunkan secara besar besaran dan
sesuai untuk aktiviti romantik ataupun lasak seperti skuba dan snorkelling.
![]() |
memang rasa damai betul tengok pantai ni |
3. Borocay, Filipina
Terletak di selatan Manila, pulau kecil
bernama Boracay kini semakin menjadi popular dikalangan pasangan yang
mahukan aura romantik. Keindahan pantainya pasti membuat adna rasa
begitu tenang dan gembira.
4. Hoi An, Vietnam
Bandar bersejarah ini mempunyai keunikan
dan ciri yang romantis. Hoi An mempunyai daya tarikannya yang
tersendiri dan kata orang boleh membuat mana-mana pasangan jatuh cinta buat kali
kedua (orang kata bukan gua .... so dilarang pergi berseorangan hokey) .Terletak di sebelah timur Vietnam, banyak aktiviti romantik yang
anda boleh lakukan
![]() |
nantikan entry terbaru berkenaan tempat ni |
5. Phuket, Thailand
Jiran kita thailand memang sudah menjadi
destinasi paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Pantainya yang indah membuat Phuket menjadi salah satu destinasi romantik.
![]() |
memang cantik ..... terpegun gua tengok macam lukisan |
So yang mana agaknya menjadi pilihan korang?
Apapun gua nak bagitau KAKI JALAN RT ada menyediakan beberapa HONEYMOON PACKAGE ...... antara tempat2 adalah seperti di bawah :-
1. Bali Indonesia
2. Krabi Thailand
3. Phuket Thailand
4. Lombok Indonesia
5. Hoi An Vietnam
6. Boracay Filipina
Untuk mendapatkan harga pakej yang menarik boleh whatsapp gua di talian :
+6016 3458481 / +6016 267 4251
ADIOS
No comments:
Post a Comment