Wednesday, 6 January 2016

4 Musim Indah di Korea



Korea mempunyai 4 musim iaitu Musim Sejuk (Winter), Musim Bunga (Spring), Musim Panas (Summer) & Musim Luruh (Autumn)


Musim Sejuk di Korea  (Winter)




Masa Musim Sejuk di Korea : Penghujung November hingga awal Mac

Kebiasaan Suhu Musim Sejuk di Korea :   
0°C di daerah Selatan dan -8°C di daerah Utara.

Musim Salji di Korea sering menjadi pilihan untuk merasai suasana salji. 
Selalunya tiket flight pun lebih tinggi musim ni sebab banyak permintaan.

Aktiviti musim salji di Korea ialah Ski dan bermain bola salji.
Salji juga tidak begitu tebal di Korea kecuali di bahagian Timur dan Utara Korea salji lebih tebal. Tempat untuk menikmati Salji di Korea ialah Supia Snow Sleeding Field di Gwangjin, Seoul,  Korean Folk Village Snow Sledding Field di Yongin, Gyeonggi-do, dan juga Songdo Amusement Park di Namgu, Incheon-si.
Terdapat festival musim sejuk iaitu Taebaeksan Snow Festival & Festival Es. Selain itu ada juga festival main layang-layang.
Kelemahan musim salji ialah suhunya yang sejuk dan tidak begitu selesa bersiar-siar dan pemandangan di selaputi salji. Jadi untuk melawat Korea Pada Musim Salji silalah prepare pakaian yang sesuai. Selain itu, Januari adalah bulan yang paling sejuk di Korea.
 
Pakaian yang Sesuai :
 
Winter Coat – Wajib (Melainkan anda Iceman)
Sweater – Manalah tahu kalau2 winter coat tak dapat nak warmkan tubuh badan.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.
Seluar – Seluar panjang contohnya jeans, cargo pants atau lain-lain yang sedikit tebal.
Sarung Tangan – Perlu, untuk mengelak tapak tangan anda sejuk dan kebas.
Penutup Telinga – Perlu untuk mengelakkan telinga berdesing.
Kasut – Bertutup, but musim sejuk lebih sesuai.
Stoking – Perlu, amat berguna pada waktu tidur.



Musim Bunga di Korea  (Spring)





Masa Musim Bunga di Korea : Pertengahan  Mac hingga Penghujung Mei

Kebiasaan Suhu Musim Bunga di Korea : 
5℃ – 20℃

Musim bunga memang cantik kerana musim ini dapat menikmati pemandangan bunga sakura di mana-mana memang kelainan sangat. Suhu juga tidak panas dan tidak sejuk sangat selesa berjalan-jalan.
Musim ini cuaca cerah dan sangat sesuai untuk menikmati keindahan kota Korea. Bagi pencinta alam pula musim inilah yang paling cantik untuk menikmati keindahan tanaman  hiasan semisal magnolia, forsythia, dan sebangainya.
Festival musim bunga ialah Lotus Lantern Festival dan Pesta Musim Bunga. Tempat menarik untuk dilawati pada musim ini ialah Changgyeonggung Palace, Ilsan Lake Park, atau Jinhae Cherry Blossom Tunnel.


Pakaian yang Sesuai :
 
Jacket – Wajib. Jacket yang sedikit tebal amat sesuai.
Sweater – Perlu. Kerana di dalam rumah pun kadangkala sejuk.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya
Seluar – Seluar panjang. Jeans atau lain-lain.
Sarung Tangan – Yang tidak terlalu tebal sudah memadai.
Kasut – Bertutup.
Stoking – Stoking yang tidak tebal memadai.


Musim Panas di Korea  (Summer)


Masa Musim Panas di Korea : Bulan Jun hingga September

Suhu Musim Panas di Korea : 
23 ~ 27°C

Bagi kita di Malaysia agak bosanlah kalau pergi musim panas sebab negara kita pun memang negara panas rugi lah kalau pergi di antara bulan Jun dan September ni ke Korea. Waktu kemuncak kepanasan di Korea pula antara pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos jadi elakkan melawat Korea waktu ni okey. 
Walau bagaimanapun suhu di negara kita lebih panas berbanding musim panas di sana tau hahahaha
Musim Panas adalah musim untuk bersantai. Banyak acara pantai di adakan. Antara tempat yang menarik pada musim Panas di korea ialah Gyeongpo Beach di Kota Gangneung, Naksan Beach di Kota Yangyang dan Eurwangni Beach.


Kelemahan musim panas ialah hujan turun tidak menentu jadi menyusahkan untuk merancang aktiviti.
Selepas musim Panas di Korea tibalah musim romatik iaitu musim luruh.
 
Pakaian Musim Panas :
 
Jacket – Tidak perlu!
Sweater – Dipakai sekadar fesyen.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya. Lengan pendek memadai. Jika lengan panjang fabrik nipis.
Seluar – Pendek atau panjang fabrik tidak tebal.
Sarung Tangan – Tidak Perlu
Kasut – Yang tidak bertutup lebih sesuai. Selipar atau sandal pun sudah cukup.
Stoking – Nak bawak boleh, tak bawa pun tak mengapa.


Musim Luruh di Korea ( Autumn)


Masa Musim Luruh di Korea :  
Penghujung September hingga Pertengahan November

Suhu Musim Luruh di Korea : 
11~19°C (sejuk jugak kan)

Selain musim bunga, musim Luruh di Korea juga musim yang sesuai bersiar-siar kerana cuaca yang baik dan cerah juga tidak panas dan tidak terlalu sejuk.
Pemandangan juga cantik kekuningan dengan keindahan daun-daun gugur macam carpet di lantai. Festival Musim Luruh ialah Festival Gingseng, Festival Kembang Api, Festival Kimchi dan sebagainya. Pada bulan Oktober banyak pula sambutan bertema Haloween di adakan. Selaian itu Chuseok atau Korea Thanksgiving Day juga di adakan iaitu pesta harvest. Ramai yang berpendapat musim luruh adalah musim yang paling cantik di Korea.





Pakaian Musim Luruh :
 
Jacket – Perlu kerana suhu pada musim ini adalah sejuk!
Sweater – Jika dibawa bersama lebih bagus.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.
Seluar – Seluar panjang lebih sesuai.
Sarung Tangan – Yang tidak tertalu tebal memadai.
Kasut – Bertutup lebih sesuai.
Stoking – Perlu kerana cuaca pada waktu ini dingin.


Tips : Scarf dan mafla adalah berguna pada setiap musim kecuali musim panas. Scraf dan mafla yang dililit pada leher serta kepala membantu menghangatkan tubuh badan.
 
 
So korang boleh pilih musim mana yang sesuai dengan citarasa untuk mengembara di bumi korea !!!!
 
 
 
 
ADIOS
 
 

Saturday, 2 January 2016

Cuti - Cuti Malaysia - A Famosa Resort Melaka


Assalamualaikum ....

Penutup percutian untuk tahun 2015 aku & family g tak jauh pon ..... tak perlu bawak pasport hahahaha cuma 2 jam saja dari rumah kami.

Pilihan kami sekeluarga A FAMOSA RESORT di Ayer Keroh Melaka.
http://www.afamosa.com/ 

Oleh kerana kami semua ada 16 orang (dewasa & anak2) pilihan yang tepat untuk penginapan di sini adalah private villa. 
http://www.afamosa.com/accomodation/villa/ 




Aku rasa yang buat villa nie best sebab private pool depan rumah hahahaha berendam ler puas2.

A Famosa Resort terbahagi kepada 3 aktiviti / kawasan :-

1. Water theme Park
2. Safari Wonderland
3. Old West

Jom follow cerita percutian kami selama 3 hari 2 malam.

20 Dec 2015 / Ahad
Kami konvoi bergerak dari Bandar Baru Bangi jam 8.00am dan sampai sana lebih kurang 10.00am .... just the right time coz water theme park bukak kul 10.00am. 

Simpang lepas tol





For the first step kami menuju ke Villa Reception untuk collect voucher. Pakej kami beli masa promotion booth di AEON Cheras Maluri.

Ok lets kids enjoy the big pool here !!! Water Theme Park

Kami beli voucher water theme park sekali dengan  lunch box. Kalau beli walk in kt situ lunch box RM16.00 tapi beli voucher dapat RM10.00 per box ..... so aku dapat save RM6.00 per box. 









Kami setel kat water theme park dalam kul 4.00pm tu pon sebab hujan lebat beserta dengan guruh so life guard minta smua pengunjung naik keatas. Alang2 dah hujan kami pon g villa untuk dapatkan kunci.



Ruang Tamu & Meja Makan
Ruang Dapur
Bilik Tidur - ada 4 bilik tidur sesuai dengan kami 4 beradik
Ruang TV
Private Pool

8.00pm; aktiviti seterusnya di Old West.
Pendapat aku takde yang menarik kat sini, games amat2 mahal nak bergambar pon ada tempat yang x boleh coz diorg sediakan kamera sendiri. Menyesal gak amik voucher sib baik murah dari walk in ..... RM 59.00 dengan voucher RM 30.00
Nasib baik ada Red Indian Show dgn Fire Works ok ler sikit kannnnnnn














21 Dec 2015 /Isnin
Pagi ni kami santai2 di villa sambil berendam dengan pool. Bukan senang nk berkumpul adik beradik happy dapat bawak mak abah berkumpul sekali. Mulalah aku terpikir nak buat pool kat rumah hahahaha








2.00pm; aktiviti kami di Safari Wonderland 
Tempat ni best & berbaloi terutama untuk budak2 mak pak budak pon cukup teruja dengan show2 yang ada dlm nie.








 
Jeti nak ke Monkey Island


Nak rasa burung naik kt tangan kena umpan dengan RM 10.00 ...... dashat tak?




22 Dec 2015 /Selasa
Percutian kami berakhir pada hari ini ..... rasa x nak balik pon ado hahaha tapi apa nak buat kami cuma insan yang terpaksa buat 2 - 3 kerja (kui kui kui)







Last sekali aku nak share video cun Cuti - Cuti Malaysia !!!





 Ok guys jumpa lagi di trip 2016 ..... Insyallah















 













Friday, 1 January 2016

KEMBARA DI BUMI SIAM - Part 3


Rentetan cerita dari http://kakijalanrt.blogspot.my/2016/01/kembara-di-bumi-siam-part-2.html

Isnin / 7 Dis 2015
Aktiviti hari ni sangat menarik, awal pagi dah kejutkan anak2 diorg cukup teruja nk g island hopping. Sebelum tu kami sarapan pagi di Kedai Makan Pak Salim.
Orang Thailand yang cukup pandai berbahasa melayu kelantan & peramah.



Nasi Goreng & Ayam Goreng

Pulut & Ayam Goreng

Aku cerita sikit beberapa pakej yang ada hokey #jangankataabangtakpayung


Pakej A : 4 Island by Longtail Boat
Pakej B : 4 Island by Speed Boat
* Poda Island
* Tup island
* Chicken Island
* Phranang Cave

Pakej C : 7 Island by Speed Boat
* Poda Island
* Tup island
* Chicken Island
* Phranang Cave
* Bamboo Island
* Viking Cave
* Monkey Bay

Harga untuk setiap pakej berbeza, terdapat banyak company travel / hotel yang offer pakej macam ni. Better korang hati2 coz ada juga yang menipu dengan harga yg murah tp ada hidden cost masa kt pantai. Rata2 Pakej A start dari THB 1500, Pakej B start dari THB 2000 dan Pakej C start dari THB 3000. Harga juga boleh berbeza kalau musim cuti sekolah / public holiday. Kesemua pakej termasuk dengan life jacket, peralatan snorkelling dan juga makan tengahari. Fees yang dikenakan oleh pengawal pantai pon tak tetap .... ikut sukahati diorg je nak letak harga.
Sebelum tengok gambar seterusnya meh abang belanja video cun muhahahaha
















Seharian berjemur di pantai ..... malam hari kami jalan2 di Aonang Street Walk. 
Makan malam kami di Hasna Retaurant



Ikan Siakap Sweet Sour

Udang Goreng  Sos Lemon
Tomyam Santan Merah

Lain macam tekak anak aku - Spaghetti Cabonara


Udang Goreng Halia

Review :-
1. Rasa - sedap bak anggggg fresh giler kot seafood
2. Harga - nak kata mahal sangat tak tapi oklah berbaloi dengan rasa





Pancake Roti Yaminlah paling terkenal di Krabi ..... viral tentang kedai makcik ni memang superb "sapa datang Krabi tak rasa pancake yaminlah sila jangan balik co tak complete" gitu ..... hahahaha





Macam2 jenis street food ada kat sini ..... ashik makan jer ntah bape kilo ler lemak yang berjaya di kumpul setakat ini !!!

Malam makin larut tapi tetap hidup di pantai Aonang ..... makin lewat malam macam2 jenis manusia yang dapat korang tengok ..... sekali pandang memang telan liur 2-3 kali pandang tepuk dahi pak haji hahahaha


Entri berikutnya adalah ke Phuket ..... nantikan KEMBARA DI BUMI SIAM - Part 4



CHOW