Korea mempunyai 4 musim iaitu Musim Sejuk (Winter), Musim Bunga (Spring), Musim Panas (Summer) & Musim Luruh (Autumn)
Musim Sejuk di Korea (Winter)
Masa Musim Sejuk di Korea : Penghujung November hingga awal Mac
Kebiasaan Suhu Musim Sejuk di Korea :
0°C di daerah Selatan dan -8°C di daerah Utara.
Musim Salji di Korea sering menjadi pilihan untuk merasai suasana salji.
Selalunya tiket flight pun lebih tinggi musim ni sebab banyak permintaan.
Aktiviti musim salji di Korea ialah Ski dan bermain bola salji.
Salji juga tidak begitu tebal di Korea kecuali di bahagian Timur dan Utara Korea salji lebih tebal. Tempat untuk menikmati Salji di Korea ialah Supia Snow Sleeding Field di Gwangjin, Seoul, Korean Folk Village Snow Sledding Field di Yongin, Gyeonggi-do, dan juga Songdo Amusement Park di Namgu, Incheon-si.
Terdapat festival musim sejuk iaitu Taebaeksan Snow Festival & Festival Es. Selain itu ada juga festival main layang-layang.
Kelemahan musim salji ialah suhunya yang sejuk dan tidak begitu selesa bersiar-siar dan pemandangan di selaputi salji. Jadi untuk melawat Korea Pada Musim Salji silalah prepare pakaian yang sesuai. Selain itu, Januari adalah bulan yang paling sejuk di Korea.
Winter Coat – Wajib (Melainkan anda Iceman)
Sweater – Manalah tahu kalau2 winter coat tak dapat nak warmkan tubuh badan.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.
Seluar – Seluar panjang contohnya jeans, cargo pants atau lain-lain yang sedikit tebal.
Sarung Tangan – Perlu, untuk mengelak tapak tangan anda sejuk dan kebas.
Penutup Telinga – Perlu untuk mengelakkan telinga berdesing.
Kasut – Bertutup, but musim sejuk lebih sesuai.
Stoking – Perlu, amat berguna pada waktu tidur.
Musim Bunga di Korea (Spring)
Masa Musim Bunga di Korea : Pertengahan Mac hingga Penghujung Mei
Kebiasaan Suhu Musim Bunga di Korea :
5℃ – 20℃
Musim bunga memang cantik kerana musim ini dapat menikmati pemandangan bunga sakura di mana-mana memang kelainan sangat. Suhu juga tidak panas dan tidak sejuk sangat selesa berjalan-jalan.
Musim ini cuaca cerah dan sangat sesuai untuk menikmati keindahan kota Korea. Bagi pencinta alam pula musim inilah yang paling cantik untuk menikmati keindahan tanaman hiasan semisal magnolia, forsythia, dan sebangainya.
Festival musim bunga ialah Lotus Lantern Festival dan Pesta Musim Bunga. Tempat menarik untuk dilawati pada musim ini ialah Changgyeonggung Palace, Ilsan Lake Park, atau Jinhae Cherry Blossom Tunnel.
Pakaian yang Sesuai :
Jacket – Wajib. Jacket yang sedikit tebal amat sesuai.
Sweater – Perlu. Kerana di dalam rumah pun kadangkala sejuk.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya
Seluar – Seluar panjang. Jeans atau lain-lain.
Sarung Tangan – Yang tidak terlalu tebal sudah memadai.
Kasut – Bertutup.
Stoking – Stoking yang tidak tebal memadai.
Musim Panas di Korea (Summer)
Masa Musim Panas di Korea : Bulan Jun hingga September
Suhu Musim Panas di Korea :
23 ~ 27°C
Bagi kita di Malaysia agak bosanlah kalau pergi musim panas sebab negara kita pun memang negara panas rugi lah kalau pergi di antara bulan Jun dan September ni ke Korea. Waktu kemuncak kepanasan di Korea pula antara pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos jadi elakkan melawat Korea waktu ni okey.
Walau bagaimanapun suhu di negara kita lebih panas berbanding musim panas di sana tau hahahaha
Musim Panas adalah musim untuk bersantai. Banyak acara pantai di adakan. Antara tempat yang menarik pada musim Panas di korea ialah Gyeongpo Beach di Kota Gangneung, Naksan Beach di Kota Yangyang dan Eurwangni Beach.
Kelemahan musim panas ialah hujan turun tidak menentu jadi menyusahkan untuk merancang aktiviti.
Selepas musim Panas di Korea tibalah musim romatik iaitu musim luruh.
Pakaian Musim Panas :
Jacket – Tidak perlu!
Sweater – Dipakai sekadar fesyen.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya. Lengan pendek memadai. Jika lengan panjang fabrik nipis.
Seluar – Pendek atau panjang fabrik tidak tebal.
Sarung Tangan – Tidak Perlu
Kasut – Yang tidak bertutup lebih sesuai. Selipar atau sandal pun sudah cukup.
Stoking – Nak bawak boleh, tak bawa pun tak mengapa.
Musim Luruh di Korea ( Autumn)
Masa Musim Luruh di Korea :
Penghujung September hingga Pertengahan November
Suhu Musim Luruh di Korea :
11~19°C (sejuk jugak kan)
Selain musim bunga, musim Luruh di Korea juga musim yang sesuai bersiar-siar kerana cuaca yang baik dan cerah juga tidak panas dan tidak terlalu sejuk.
Pemandangan juga cantik kekuningan dengan keindahan daun-daun gugur macam carpet di lantai. Festival Musim Luruh ialah Festival Gingseng, Festival Kembang Api, Festival Kimchi dan sebagainya. Pada bulan Oktober banyak pula sambutan bertema Haloween di adakan. Selaian itu Chuseok atau Korea Thanksgiving Day juga di adakan iaitu pesta harvest. Ramai yang berpendapat musim luruh adalah musim yang paling cantik di Korea.
Pakaian Musim Luruh :
Jacket – Perlu kerana suhu pada musim ini adalah sejuk!
Sweater – Jika dibawa bersama lebih bagus.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.
Seluar – Seluar panjang lebih sesuai.
Sarung Tangan – Yang tidak tertalu tebal memadai.
Kasut – Bertutup lebih sesuai.
Stoking – Perlu kerana cuaca pada waktu ini dingin.
Tips : Scarf dan mafla adalah berguna pada setiap musim
kecuali musim panas. Scraf dan mafla yang dililit pada leher serta
kepala membantu menghangatkan tubuh badan.
So korang boleh pilih musim mana yang sesuai dengan citarasa untuk mengembara di bumi korea !!!!
ADIOS
Salam. Terima kasih atas info yg bermanfaat. Salam perkenalan dari saya.
ReplyDeleteUntuk musim sejuk saya cadangkan untuk ke Pyeongchang Trout Festival di Pyeongchang. Waktunya dari pertengahan disember hingga penghujung January. Antara aktiviti menarik kat sini ialah memancing ikan Trout dibawah ais. Selamat mencuba.