Friday, 1 January 2016

KEMBARA DI BUMI SIAM - Part 1

Assalamualaikum sahabat !!!!

Entri kali ini story tentang pengalaman aku & family Kembara di Bumi Siam. Perjalanan selama 4 - 9 Disember 2015 (6 hari) membawa kami menjelajah HatYai - Krabi - Phuket. Pada mulanya kami bercadang untuk naik ETS (keretapi laju) dari KL Sentral dan amat mengejutkan tiket keretapi SOLD OUT sehingga hujung tahun !!!!!
Oh Malaysia ku di saat ekonomi yang goyah, di saat masyarakat mengeluh dengan kos sara hidup yang tinggi masih berduyun orang bercuti keluar negara ..... apakah maksudnya? Tettttttttt 
Muhahahahaha


Kami meneruskan perancangan dengan menaiki kenderaan dan bermulalah kembara kami menuju ke bumi siam. Bagi aku takde masalah sangat dengan selok belok jalan dan tempat2 di Thailand coz aku dah biasa keluar masuk bawak group. Lagi pon ramai tour guide tempatan & kawan2 ada kt sana. 


Jumaat / 4 Dis 2015 
Kami memulakan perjalanan dari bandar Baru Bangi lepas solat Isyak menuju ke Changlun Kedah. Perjalanan agak lancar pada waktu malam kereta pon tak banyak; lagi pulak kami santai tak tergesa - gesa dan sepanjang perjalanan co-pilot aku (wife) sedia melayan borak walau sesekali tersenguk ngantuk (klu ngantuk aku tolak je kepala dia .... hahaha). Oh yer sebelum memulakan perjalanan ada beberapa perkara yang wajib korang buat :-

1. Pasport 
2. Service Kereta - minyak hitam, tayar, bateri, air cond & lain2
3. Insurans Kereta ke luar negara (boleh buat tambahan melalui insuran yg sedia ada)

Bagi yang bawak family anak2 kecik pekara yang wajib korang sediakan :-

1. Bekalan makanan & minuman (jajan, keropok, cekelat, biskut & lain2)
** klu takde bekalan diorg akan memekak / bergaduh sesama sendiri atau ashik nak berhenti dekar RnR; ia pasti buat korang TENSION seterusnya SPOIL mood bercuti.
2. Bawak kereta yang bersesuaian means ada ruang utk anak2 baring / tido
3. Sila setting minda yang korang nak bawak family & anak2 enjoy so kasi tinggal panas baran or rasa nak marah.
** membawa kenderaan dlm tempoh yang panjang / lama membuatkan badan & otak penat so darah mudah naik klu budak2 buat perangai (jgn nak nafikan ok coz korang pon manusia gak.... hahaha)



Sabtu / 5 Dis 2015
Kami sampai di Changlun Kedah jam 5.00am; kami berehat sambil menunggu waktu Subuh di sebuah masjid tepi jalan. Usai solat kami terus ke border sebelum tu jangan lupa buat insurans thailand untuk kereta dan penumpang. Ini adalah salah satu polisi dari pihak Thailand yang wajib kita patuhi kalau nk masuk negara mereka.   



Selesai urusan insurans thailand kita terus menuju ke border immigration untuk cop pasport. Secara rasminya kami berada di bumi SIAM !!!!!! Kalau tengok kabel tiang letrik wayar tak terurus tu maknanya dah masuk Thailand ler tu hahahaha

Misi pertama tentulah jalan2 cari makan coz perut pon dah berkeroncong mintak nasi. Kedai makanan pertama kami Salma Restaurant.



 Kedai tepi simpang jalan so parking sangatlah susah.


Instagram : #russhahrilltours #kembaradibumisiam



Tentu saja TOMYAM menjadi pilihan; Tomyam Merah Seafood & Tomyam Putih Campur.

Review : 
1. Rasa - 1st class memang sedap (apa pun depends pada tekak memasing)
2. Harga - agak mahal klu ikut review blog lain boleh cari yang lagi murah tapi sedap


Lepas isi perut kami (yang paling tepat aku - coz aku yg drive dari KL) melepaskan penat di IDO BOUTIQUE SUITE 




Floating Market adalah tempat yang wajib pergi kalau dah sampai ke Hatyai ..... macam2 makanan Halal yang diorg jual nak kenal senang jer cari peniaga yang bertudung selesai masalah. Kita cuci mata tengok gambar ok #jangankataabangtakpayung







Lewat petang kami merayau dipasar yang berhampiran sebelum ke kawasan Lee Garden.




Nama anak gajah nie; APU IPI IPAI umur 4 tahun

Pulut Mangga Santan
Pan Cake Banana Nuttela
Nasi Lemak Ayam Goreng - Lee Garden

Penat merayau sambil makan2, dengan perut yang sarat kami pon balik hotel tido. 



CHOW
























 



No comments:

Post a Comment