Saturday, 2 January 2016

Cuti - Cuti Malaysia - A Famosa Resort Melaka


Assalamualaikum ....

Penutup percutian untuk tahun 2015 aku & family g tak jauh pon ..... tak perlu bawak pasport hahahaha cuma 2 jam saja dari rumah kami.

Pilihan kami sekeluarga A FAMOSA RESORT di Ayer Keroh Melaka.
http://www.afamosa.com/ 

Oleh kerana kami semua ada 16 orang (dewasa & anak2) pilihan yang tepat untuk penginapan di sini adalah private villa. 
http://www.afamosa.com/accomodation/villa/ 




Aku rasa yang buat villa nie best sebab private pool depan rumah hahahaha berendam ler puas2.

A Famosa Resort terbahagi kepada 3 aktiviti / kawasan :-

1. Water theme Park
2. Safari Wonderland
3. Old West

Jom follow cerita percutian kami selama 3 hari 2 malam.

20 Dec 2015 / Ahad
Kami konvoi bergerak dari Bandar Baru Bangi jam 8.00am dan sampai sana lebih kurang 10.00am .... just the right time coz water theme park bukak kul 10.00am. 

Simpang lepas tol





For the first step kami menuju ke Villa Reception untuk collect voucher. Pakej kami beli masa promotion booth di AEON Cheras Maluri.

Ok lets kids enjoy the big pool here !!! Water Theme Park

Kami beli voucher water theme park sekali dengan  lunch box. Kalau beli walk in kt situ lunch box RM16.00 tapi beli voucher dapat RM10.00 per box ..... so aku dapat save RM6.00 per box. 









Kami setel kat water theme park dalam kul 4.00pm tu pon sebab hujan lebat beserta dengan guruh so life guard minta smua pengunjung naik keatas. Alang2 dah hujan kami pon g villa untuk dapatkan kunci.



Ruang Tamu & Meja Makan
Ruang Dapur
Bilik Tidur - ada 4 bilik tidur sesuai dengan kami 4 beradik
Ruang TV
Private Pool

8.00pm; aktiviti seterusnya di Old West.
Pendapat aku takde yang menarik kat sini, games amat2 mahal nak bergambar pon ada tempat yang x boleh coz diorg sediakan kamera sendiri. Menyesal gak amik voucher sib baik murah dari walk in ..... RM 59.00 dengan voucher RM 30.00
Nasib baik ada Red Indian Show dgn Fire Works ok ler sikit kannnnnnn














21 Dec 2015 /Isnin
Pagi ni kami santai2 di villa sambil berendam dengan pool. Bukan senang nk berkumpul adik beradik happy dapat bawak mak abah berkumpul sekali. Mulalah aku terpikir nak buat pool kat rumah hahahaha








2.00pm; aktiviti kami di Safari Wonderland 
Tempat ni best & berbaloi terutama untuk budak2 mak pak budak pon cukup teruja dengan show2 yang ada dlm nie.








 
Jeti nak ke Monkey Island


Nak rasa burung naik kt tangan kena umpan dengan RM 10.00 ...... dashat tak?




22 Dec 2015 /Selasa
Percutian kami berakhir pada hari ini ..... rasa x nak balik pon ado hahaha tapi apa nak buat kami cuma insan yang terpaksa buat 2 - 3 kerja (kui kui kui)







Last sekali aku nak share video cun Cuti - Cuti Malaysia !!!





 Ok guys jumpa lagi di trip 2016 ..... Insyallah















 













No comments:

Post a Comment