Friday, 28 November 2014

Seoul Korea - Part 3

ANNYEONGHASEYO !!!!


Jom kita teruskan dengan misi "Jelajah Negara Winter Sonata" !!!! 
Hari ini masuk hari yang ke - 3

17 November 2014

Lawatan 17 November 2014


1. War Memorial Museum
2. Itaewon Street
3. Myeongdong
4. Namsan Seoul Tower




Destinasi kami yang pertama pagi ini adalah di War Memorial Museum. Seperti juga bangsa lain, Korea juga menyimpan sejarah panjang negeri melalui pergolakan dan peperangan. Muzium besar ini hampir menceritakan tentang sejarah Perang Korea yang terjadi pada tahun 1950-1953. Ruang legar di luar pameran terdapat beberapa pengangkutan seperti kapal terbang, kereta kebal bagi kegunaan mereka ketika perang.


Bergambar kenangan di hadapan War Memorial Museum

Action !!!


Macam2 aksi
Pistttt yeowww




Sebelum meneruskan perjalanan kami singgah di Itaewon untuk makan tengahari & solat. Memandangkan tekak masing2 tak nak Korean Food ..... kita kenyangkan perut dengan Nasi Beriani !!!!



Masa yang dinanti2 oleh mereka semua ....... taaaaraaaa "Making Kimchi + Hanbok Costume" di Myeongdong. Agak mahal bayaranya Won 30,000 (RM 95.00) tapi pengalaman sebini adalah berbaloi di negara orang. So rugi ler kalau kita tak mencubanya ...... Jom kita saksikan Masterchef beraksi ......



Comel tak kami semua ???? 
Hahahaha

Kiut betul tengok apron yg bewarna - warni


 Cikgu kami hari ini ...... payah sungguh nak paham cikgu mengajar hahahaha even cikgu nie cakap english tp bunyinya macam korean gak huwaaaaaaaa
Gamat kelas kami petang tu


Masing masing dapat apron, mangkuk, pisau, papan pemotong, dan bahan2 untuk membuat kimchi.




Kimchi homemade dari Earna Mat Noor - Echa Mewah Catering !!!



Kimchi - dah siap lumurkan kesemua bahan pada kobis (kobis direndam dengan air garam dulu) bulatkan dan balut antara daun2 kobis he3

Selesai buat Kimchi kami pon cuba pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok. Jom tengok gelagat comel diorang semua pakai costume Hanbok. Aku pon kena paksa pakai gak .... oleh kerana rupa aku nie ala - ala Shah Rukh Khan teruk betul aku kena bahan .....arrrghhhhhhh


 
 
 










Tak tahan aku tengok gambar muka sendiri ......ggggrrrrrr










Nuex Rosli - make up artis popular !!! Tak percaya korang tengok kat Insta ..... giler x kenal?
Hahahaha



Yang nie plak Ainin Sofia ..... tak kenal ??? Perghhhh mati aku kalau tak kenal dia ..... hahahaha ini ler satu - satunya anak pompuan aku !!!




 



Yang kecik molek nie plak anak perempuan Za Sanggul - wedding Planner @ Mak Andam paling laris kat area Bandar Baru Bangi. Sharifah Shakina pon amik khidmat dia hokey ..... hahahaha


Hermmmm korang tak payah tanya banyaklah yer tengok gambar nie ......bye .....next story !!!!


Okay kawan2 semua ..... kami mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk aktiviti "Making Kimchi + Hanbok Costume".

Destinasi seterusnya adalah Namsan Seoul Tower ...... atau mungkin dikenali dengan nama kunci cinta "Love Lock" !!!!
Menara yang mempunyai tinggi 237 meter ini terletak di Gunung Namsan. Menara ini sebenarnya adalah menara komunikasi tetapi kerana kebanyakan penduduk Korea yang selalu datang kesini untuk melihat-lihat pemandangan kota Seoul, akhirnya jadilah menara ini sebagai pusat perlancongan untuk melihat pemandangan dan keindahan kota Seoul.

Yang menarik, dipuncak menara, terdapat tempat yang mereka panggil "Love Lock". Mereka mengabadikan & ekperasikan rasa cinta kepada pasangan dengan memasang kunci mangga di sekitar pagar. Kemudian kuncinya dibuang jauh, kekononnya mengharap cinta bersama pasangan akan terus berkekalan. So Sweet <sweet ler sangatkan ....hahahah>
Lokasi  ini juga sering digunakan sebagai tempat penggambaran drama Korea, seperti Boys Before Flowers, Princess Hours, dan drama Korea kenamaan lainnya. Oleh karena itu, lokasi ini memang menjadi tempat wajib dikunjungi jika kita ke Korea Selatan. Terutamanya para pecinta Korea ^ ^

Jom kita cuci mata dengan gambar2 menarik dari lensa gua sendiri ..... ngeh ngeh ngeh




Pemandangan di Namsan Seoul Tower

Kumpulan daun kering yang sengaja dibentuk LOVE nie memang sangat banyak.

Cikgu Sue & Cikgu Zila dari Kolej Teknik Kajang




Ehem ...... cinta hati gua


Mereka bertiga jantung cinta & semangat gua untuk terus berjaya!!!


Deretan Kunci Cinta !!!

Amacam ???? Nie baru sikit hampir seluruh kawasan nie penuh dengan kunci2 cinta nie. Agak2 kalau nak balik beg luggage korang takde mangga rasanya rembat sebijik dua takde sapa pon perasan ..... muhahahaha

Cuaca makin giler sejuknya ...... serius kesian dengan anak aku "Harith Alief Danial" berbungkus hero aku kesejukan petang nie ....





Sejuk2 camnie balik tido ler  ..... hahahaha 

Ok kita sambung next session ........ 


Selamat Malam Malaysia !!!!

* tetiba rindu nasi lemak sambal petai !!!!! aaarrrggggghhhhhh








Thursday, 27 November 2014

Seoul Korea - Part 2



ANNYEONGHASEYO !!!!


Jom kita teruskan dengan misi "Jelajah Negara Winter Sonata" !!!!

16 November 2015

Lawatan 16 November 2014

1. Dongdaemon
2. The National Folk Museum
3. Kyongbuk Palace
4. Gwanghwamun Plaza (Festival Kimchi)
5. Chonggeycheon Stream


Destinasi kami yang pertama pagi ini adalah di Dongdaemun. Pagi ini cuaca agak cerah, matahari pagi yang menyinar bersama angin sejuk. 

Jom kita lihat gambar2 tanpa perlu berbicara




Muka memasing happy giler .... setiap kali snap pic mesti nak lompat - lompat gitue



Kreatif sungguh ...... salad pelbagai warna & jenis menghiasi jalanan


Destinasi seterusnya adalah The National Folk Museum & Kyongbuk Palace. 
 
Kyongbuk Palace di bina pada tahun 1395 dan merupakan Istana Utama semasa DInasti Joseon selama 500 tahun. Tempat ini merupakan salah satu tempat menarik dan unik di tengah-tengah Bandar Seoul yang berlatarbelakangkan sebuah gunung. Tempat ini juga mempunyai satu upacara rasmi yang kebetulan dapat saya saksikan secara live iaitu sesi pertukaran pengawal Istana yang menjadi satu budaya turun-temurun di situ. Ianya dibuat pada pukul 11pagi.



Melihat keindahan alam yang seumpama sebuah lukisan ..... Subhanallah !!!!

"Hanya gambar mampu berbicara"


Sekali tengok macam lukisan background nie






 Seterusnya kami ke Gwanghwamun Plaza untuk melihat Festival Kimchi !!!
Hampir seluruh negara menyertai festival ini. Untuk tidak melepaskan peluang kami terpaksa adjust sikit program lawatan untuk melihat apa yang dinamakan Festival Kimchi. Festival Kimchi diadakan setiap tahun sebelum Musim Sejuk.


Penyediaan Kimchi untuk tetamu festival

 











Beratur nk dapat Kimchi FREE !!!! hahahaha


Iniler rupanya Kimchi !!!!

Selepas melihat kawasan festival, kami rehat sebentar di dataran Gwanghwamun Plaza.Di sini terletaknya patung King Sejong. King Sejong merupakan raja ke-4 Dynasty Joseon. Dia adalah orang yang bertanggungjawab mencipta tulisan Hangeul (tulisan Korea). Sebelum kewujudan Hangeol, orang Korea menggunakan tulisan China. Dengan kebijaksanaan beliau, wujudlah tulisan Hangeul yang mudah digunakan oleh orang ramai.
 

 Seterusnya kami menyusuri Chonggeycheon Stream yang adalah merupakan sejenis sungai yang mengalir di kota Seoul, Korea Selatan. Sebelum sungai ini dibaik pulih pada tahun 2005, sungai ini telah ditutup untuk digunakan sebagai jalan. Anda boleh berjalan di sepanjang sungai ini sejauh 5.8km untuk menikmati bunyi aliran air sungai yang tenang dan mengasyikkan. Kami juga singgah di KTO (Korea Tourism Organization) untuk solat, hanya disini ada disediakan tempat solat untuk muslim.






 Tetiba nk upload x banyak plak gambar .....arghhhhh confirm gua dah penat der !!!!!




Oh yer masa berjalan di Dataran Gwanghwamun, banyak pokok - pokok sekitar situ di ikat dengan reben kuning. Mereka sedang buat protes di atas kemalangan yang melibatkan kematian ramai pelajar (tak pasti coz ada 300 org pelajar dlm feri tu) di sebuah sekolah semasa dalam perjalanan ke Jeju Island menaiki feri. 


Korang boleh refer link kt bawah ok ...
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Ada papan besar yang penuh dengan gambar mangsa, kalungan bunga dan kata2 takziah.


Ok ..... seterusnya pengakhiran malam ni bawak group menjamu selera Western Food Korean Style (of course Halal) area Myeongdong.





Nama je "Chilli" tapi takdelah pedas mana .... rasa ala2 bolognaise .... udang penuh kt bawah spagheti.


Ini memang awesome !!! Meleleh cheese perghhhhh


Lupa nama food nie .... rasa macam mee hailam tak pedas ..... macam nak panggil je chef suh tambah cilli ..... orang melayu makan tak pedas mana kick ..... sotong penuh dalam pinggan !!!












Allhamdulillah ...... kenyang bolehlah tidur lena malam nie. Cuaca sejuk so malam tidur pasang warmer kt lantai jangan berangan ler nk pasang air cond ok takut bangun pagi ada ice kt atas bibir (misai) muhahahahaha



Selamat Malam !!!!