Wednesday, 26 November 2014

Seoul Korea - Part 1


ANNYEONGHASEYO !!!!












Selamat datang kepada Group Seoul Korea, 
Date :- 15 - 21 November 2014. 
Musim Luruh 

 Group menaiki penerbangan dari Air Asia, D7 506 flight pagi jam 01:00 - dengan itu berkampunglah mereka semua di KLIA 2 seawal 22:00 pd 14 Nov 2014. 


15 Nov 2014

Kami tiba Incheon Airport pada jam 08:30, setelah segala urusan selesai kami terus ke Nungmaru Guest House yang terletak di kawasan Myeongdong. Refresh diri serba sedikit sebelum memulakan perjalanan "Jelajah Negara Winter Sonata". Suhu agak sejuk pagi ni .... so get ready dengan baju tebal2.



Lawatan 15 Nov 2014

1. Bukcheon Hanok Village
2. Itaewon Mosque
3. Itaewon Street 


Destinasi kami yang pertama ialah Bukchon Hanok Village, yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Changdeokgung Palace dan dipisahkan oleh tembok batu. Perkampungan tradisional ini berada di tengah-tengah antara Changdeokgung Palace dan Gyeongbokgung Palace (istana pertama dan terbesar di Jongno). Terdapat lebih 900 rumah tradisional korea di kawasan ini yang majoritinya masih didiami oleh ahli keluarga raja dan pembesar zaman Joseon Dynasti. Selebihnya di jadikan Guest house, galeri, dan museum mini.  Kawasan ini juga terkenal sebagai shooting location untuk drama dan filem. 
 
 
Kawasan perkampungan ini sebenarnya sangat luas malah lebih luas daripada kawasan Changdeokgung Palace. Bentuk muka buminya pula berbukit bukau dengan puluhan lorong2 kecil yang kelihatan lebih kurang sama. 


Jom kita cuci mata dengan gambar2 mereka yang sporting !!






Antara rumah2 tradisonal di Bukcheon Hanok Village. Penat pusing2 dan turun naik tangga, kami ke destinasi seterusnya.

Destinasi kami yang kedua ialah Itaewon Mosque & Itaewon Street.  Itaewon adalah nama sebuah distrik perdagangan dan turisme yang sangat terkenal di kalang-an pelancong asing. Barang-barang branded dari berbagai negara dengan mudah dapat di beli sepanjang jalan. Kafe dan restoren dari Asia dan Eropa juga sangat banyak disini. Pendapat saya di kawasan ini orang-orang dengan warna kulit coklat, kuning, pucat dan hitam yang berasal dari berbagai bangsa dan kaum menjalani kehidupan di Seoul yang serba tertib dan cepat.

Di Seoul, agama adalah sesuatu yang bersifat pribadi. Secara statistik, agama Buddha merupakan agama rasmi di Korea memiliki penganut yang paling ramai. Kemudian diikuti dengan agama Katolik dan Protestan. Agama Hindu dan Islam keba­nyakan dianuti dari kalangan pendatang.
Di dalam kehidupan sehari-hari ajaran Konfusius menjadi asas dalam kehidupan sosial orang Korea, tak terkecuali di Seoul yang termasuk salah satu kota  living-cost tertinggi di dunia itu. Di kota yang masih kuat memegang nilai-nilai tradisional ini penghormatan terhadap orang tua dan guru masih menjadi landasan kehidupan sosial sehari-hari yang wajib di lakukan. 

Itaewon juga merupakan satu - satunya masjid yang ada di Seoul; waktu solat Jumaat tempat ini penuh sesak dengan pelajar muslim dari Malaysia dan Indonesia tak ketinggalan juga pelancong seperti kami.



Bergambar kenangan di hadapan Itaewon Mosque
  

Aksi hero "Russhahrill Tours" a.k.a Shahril Junior














 




Tengahari itu berselera sungguh kami menikmati Nasi Arab Mandhi Chicken / Lamb di salah sebuah restoren Arab (berhampiran masjid)


Nasi Arab - lembut cukup lemak dan menyelerakan lagi2 kami yang memang kelaparan ...... Allhamdulillah
Hadapan Masjid Itaewon

Selepas menjamu selera, dan buat solat Jamak Ta'dim kami teruskan perjalanan melalui Itaewon Street. Pelbagai jenis barangan, jajanan (kuij muih) ada di sepanjang jalan. Oleh kerana hari ini baru hari pertama masing2 masih buntu untuk membeli ..... orang kata hari untuk survey gitu hahahaha




Waktu siang di Seoul sangat pendek .... menjelang waktu 17:00 suasana mula gelap .... waktu maghrib mula melabuh tirai. Lepas makan malam di Myeongdong (berhampiran Guesthouse) kami balik berehat untuk seisi jelajah keesokkan hari.


Selamat Malam Malaysia !!!!

~ bersambung Seoul Korea - Part 2 ~

















No comments:

Post a Comment