ANNYEONGHASEYO !!!!
Jom kita teruskan dengan misi "Jelajah Negara Winter Sonata" !!!!
16 November 2015
Lawatan 16 November 2014
1. Dongdaemon
2. The National Folk Museum
3. Kyongbuk Palace
4. Gwanghwamun Plaza (Festival Kimchi)
5. Chonggeycheon Stream
Destinasi kami yang pertama pagi ini adalah di Dongdaemun. Pagi ini cuaca agak cerah, matahari pagi yang menyinar bersama angin sejuk.
Jom kita lihat gambar2 tanpa perlu berbicara
Muka memasing happy giler .... setiap kali snap pic mesti nak lompat - lompat gitue
Kreatif sungguh ...... salad pelbagai warna & jenis menghiasi jalanan |
Destinasi seterusnya adalah The National Folk Museum & Kyongbuk Palace.
Kyongbuk Palace di bina pada tahun 1395 dan merupakan Istana Utama semasa DInasti Joseon selama 500 tahun. Tempat ini merupakan salah satu tempat menarik dan unik di tengah-tengah Bandar Seoul yang berlatarbelakangkan sebuah gunung. Tempat ini juga mempunyai satu upacara rasmi yang kebetulan dapat saya saksikan secara live iaitu sesi pertukaran pengawal Istana yang menjadi satu budaya turun-temurun di situ. Ianya dibuat pada pukul 11pagi.
Melihat keindahan alam yang seumpama sebuah lukisan ..... Subhanallah !!!!
"Hanya gambar mampu berbicara"
Sekali tengok macam lukisan background nie |
Seterusnya kami ke Gwanghwamun Plaza untuk melihat Festival Kimchi !!!
Hampir seluruh negara menyertai festival ini. Untuk tidak melepaskan peluang kami terpaksa adjust sikit program lawatan untuk melihat apa yang dinamakan Festival Kimchi. Festival Kimchi diadakan setiap tahun sebelum Musim Sejuk.
Penyediaan Kimchi untuk tetamu festival |
Beratur nk dapat Kimchi FREE !!!! hahahaha |
Iniler rupanya Kimchi !!!! |
Selepas melihat kawasan festival, kami rehat sebentar di dataran Gwanghwamun Plaza.Di sini terletaknya patung King Sejong. King Sejong merupakan raja ke-4 Dynasty Joseon. Dia adalah orang yang bertanggungjawab mencipta tulisan Hangeul (tulisan Korea). Sebelum kewujudan Hangeol, orang Korea menggunakan tulisan China. Dengan kebijaksanaan beliau, wujudlah tulisan Hangeul yang mudah digunakan oleh orang ramai.
Seterusnya kami menyusuri Chonggeycheon Stream yang adalah merupakan sejenis sungai yang mengalir di kota Seoul, Korea Selatan. Sebelum sungai ini dibaik pulih pada tahun 2005, sungai ini telah ditutup untuk digunakan sebagai jalan. Anda boleh berjalan di sepanjang sungai ini sejauh 5.8km untuk menikmati bunyi aliran air sungai yang tenang dan mengasyikkan. Kami juga singgah di KTO (Korea Tourism Organization) untuk solat, hanya disini ada disediakan tempat solat untuk muslim.
Tetiba nk upload x banyak plak gambar .....arghhhhh confirm gua dah penat der !!!!!
Oh yer masa berjalan di Dataran Gwanghwamun, banyak pokok - pokok sekitar situ di ikat dengan reben kuning. Mereka sedang buat protes di atas kemalangan yang melibatkan kematian ramai pelajar (tak pasti coz ada 300 org pelajar dlm feri tu) di sebuah sekolah semasa dalam perjalanan ke Jeju Island menaiki feri.
Korang boleh refer link kt bawah ok ...
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
Ada papan besar yang penuh dengan gambar mangsa, kalungan bunga dan kata2 takziah.
Ok ..... seterusnya pengakhiran malam ni bawak group menjamu selera Western Food Korean Style (of course Halal) area Myeongdong.
Nama je "Chilli" tapi takdelah pedas mana .... rasa ala2 bolognaise .... udang penuh kt bawah spagheti.
Ini memang awesome !!! Meleleh cheese perghhhhh
Lupa nama food nie .... rasa macam mee hailam tak pedas ..... macam nak panggil je chef suh tambah cilli ..... orang melayu makan tak pedas mana kick ..... sotong penuh dalam pinggan !!!
Allhamdulillah ...... kenyang bolehlah tidur lena malam nie. Cuaca sejuk so malam tidur pasang warmer kt lantai jangan berangan ler nk pasang air cond ok takut bangun pagi ada ice kt atas bibir (misai) muhahahahaha
Selamat Malam !!!!
No comments:
Post a Comment