Jom kita teruskan dengan misi "Jelajah Negara Winter Sonata" !!!!
Hari ini masuk hari yang ke - 3
17 November 2014
Lawatan 17 November 2014
1. War Memorial Museum
2. Itaewon Street
3. Myeongdong
4. Namsan Seoul Tower
Destinasi kami yang pertama pagi ini adalah di War Memorial Museum. Seperti juga bangsa lain, Korea juga menyimpan sejarah panjang negeri melalui pergolakan dan peperangan. Muzium besar ini hampir menceritakan tentang sejarah Perang Korea yang terjadi pada tahun 1950-1953. Ruang legar di luar pameran terdapat beberapa pengangkutan seperti kapal terbang, kereta kebal bagi kegunaan mereka ketika perang.
Bergambar kenangan di hadapan War Memorial Museum |
Action !!! |
Macam2 aksi |
Pistttt yeowww |
Sebelum meneruskan perjalanan kami singgah di Itaewon untuk makan tengahari & solat. Memandangkan tekak masing2 tak nak Korean Food ..... kita kenyangkan perut dengan Nasi Beriani !!!!
Masa yang dinanti2 oleh mereka semua ....... taaaaraaaa "Making Kimchi + Hanbok Costume" di Myeongdong. Agak mahal bayaranya Won 30,000 (RM 95.00) tapi pengalaman sebini adalah berbaloi di negara orang. So rugi ler kalau kita tak mencubanya ...... Jom kita saksikan Masterchef beraksi ......
Comel tak kami semua ????
Hahahaha
Kiut betul tengok apron yg bewarna - warni
Cikgu kami hari ini ...... payah sungguh nak paham cikgu mengajar hahahaha even cikgu nie cakap english tp bunyinya macam korean gak huwaaaaaaaa
Gamat kelas kami petang tu
Masing masing dapat apron, mangkuk, pisau, papan pemotong, dan bahan2 untuk membuat kimchi.
Kimchi homemade dari Earna Mat Noor - Echa Mewah Catering !!! |
Kimchi - dah siap lumurkan kesemua bahan pada kobis (kobis direndam dengan air garam dulu) bulatkan dan balut antara daun2 kobis he3 |
Selesai buat Kimchi kami pon cuba pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok. Jom tengok gelagat comel diorang semua pakai costume Hanbok. Aku pon kena paksa pakai gak .... oleh kerana rupa aku nie ala - ala Shah Rukh Khan teruk betul aku kena bahan .....arrrghhhhhhh
Tak tahan aku tengok gambar muka sendiri ......ggggrrrrrr
Nuex Rosli - make up artis popular !!! Tak percaya korang tengok kat Insta ..... giler x kenal?
Hahahaha
Yang nie plak Ainin Sofia ..... tak kenal ??? Perghhhh mati aku kalau tak kenal dia ..... hahahaha ini ler satu - satunya anak pompuan aku !!!
Yang kecik molek nie plak anak perempuan Za Sanggul - wedding Planner @ Mak Andam paling laris kat area Bandar Baru Bangi. Sharifah Shakina pon amik khidmat dia hokey ..... hahahaha
Hermmmm korang tak payah tanya banyaklah yer tengok gambar nie ......bye .....next story !!!!
Okay kawan2 semua ..... kami mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk aktiviti "Making Kimchi + Hanbok Costume".
Destinasi seterusnya adalah Namsan Seoul Tower ...... atau mungkin dikenali dengan nama kunci cinta "Love Lock" !!!!
Menara yang mempunyai tinggi 237 meter ini terletak di Gunung Namsan. Menara ini sebenarnya adalah
menara komunikasi tetapi kerana kebanyakan penduduk Korea
yang selalu datang kesini untuk melihat-lihat pemandangan kota
Seoul, akhirnya jadilah menara ini sebagai pusat perlancongan untuk melihat pemandangan dan keindahan kota Seoul.
Yang menarik, dipuncak menara, terdapat tempat yang mereka panggil "Love Lock". Mereka mengabadikan & ekperasikan rasa cinta kepada pasangan dengan memasang kunci mangga di sekitar pagar. Kemudian kuncinya dibuang jauh, kekononnya mengharap cinta bersama pasangan akan terus berkekalan. So Sweet <sweet ler sangatkan ....hahahah>
Lokasi ini juga sering digunakan sebagai tempat penggambaran drama Korea, seperti Boys Before Flowers, Princess Hours, dan drama Korea kenamaan lainnya. Oleh karena itu, lokasi ini memang menjadi tempat wajib dikunjungi jika kita ke Korea Selatan. Terutamanya para pecinta Korea ^ ^
Jom kita cuci mata dengan gambar2 menarik dari lensa gua sendiri ..... ngeh ngeh ngeh
Pemandangan di Namsan Seoul Tower
Kumpulan daun kering yang sengaja dibentuk LOVE nie memang sangat banyak.
Cikgu Sue & Cikgu Zila dari Kolej Teknik Kajang
Ehem ...... cinta hati gua
Mereka bertiga jantung cinta & semangat gua untuk terus berjaya!!!
Deretan Kunci Cinta !!!
Amacam ???? Nie baru sikit hampir seluruh kawasan nie penuh dengan kunci2 cinta nie. Agak2 kalau nak balik beg luggage korang takde mangga rasanya rembat sebijik dua takde sapa pon perasan ..... muhahahaha
Cuaca makin giler sejuknya ...... serius kesian dengan anak aku "Harith Alief Danial" berbungkus hero aku kesejukan petang nie ....
Sejuk2 camnie balik tido ler ..... hahahaha
Ok kita sambung next session ........
Selamat Malam Malaysia !!!!
* tetiba rindu nasi lemak sambal petai !!!!! aaarrrggggghhhhhh
No comments:
Post a Comment