Tuesday, 25 November 2014

Tips Melancong ke Luar Negara



Salam 1 Malaysia !

Melancong ke luar negara tentunya satu pengalaman indah buat semua orang, terutama bila pergi bersama dengan orang yang tersayang. Di sini saya kongsikan antara tips yang WAJIB / PERLU anda buat sebelum merancang perjalanan / pengembaraan anda.




1. Perancangan Awal
Dengan merancang percutian anda sekurang - kurangnya 6 bulan lebih awal, anda dapat membeli harga tiket dengan kadar yang lebih murah. Syarikat penerbangan sering membuat promosi "Tambang Murah" untuk penerbangan akan datang.
Selain itu anda juga dapat membuat satu "budget" yang berkala (simpanan) supaya anda tidak menghadapi beban hutang dan yang penting dengan simpanan yang cukup untuk melancong pasti dapat memberi kegembiraan pada ahli keluarga & kepuasan diri sendiri !

<atas dasar inilah yg membuatkan cara pembayaran pakej kami; ansuran bulanan !!!!>



2. Pasport
Pastikan anda mempunyai pasport sebelum ke luar negara. Pergi ke Pejabat Imigresen yang berdekatan untuk membuat permohonan. Bersedia dengan pasport anda SEMINGGU sebelum penerbangan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kerana ia boleh menganggu perjalanan anda.

Bayaran Pasport Dewasa
a. RM100.00 untuk 2 Tahun
b. RM300.00 untuk 5 Tahun

Bayaran Bagi Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas) dan
Kanak-Kanak (berumur 12 tahun ke bawah)
a. RM80.00 untuk 2 Tahun
b. RM150.00 untuk 5 Tahun

Untuk penerbangan ke luar negara TARIKH LUPUT PASPORT ANDA SEKURANG KURANGNYA 6 BULAN DARI TARIKH PENERBANGAN !


  

3. Bercuti bersama anak-anak
Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju menyediakan kelengkapan dan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda. Jika anda lebih selesa untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa bercuti, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi yang banyak. Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting




4. Dana Kecemasan
Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.

 
5. Beringat & Berwaspada
a) Dapatkan nasihat dan maklumat daripada ketua rombongan atau pemandu pelancong atau internet tentang tahap keselamatan kawasan yang ingin anda lawati sendiri, terutamanya pada waktu malam.
b) Elakkan daripada berjalan sendirian dan berjalan di kawasan yang sunyi, seeloknya biarlah berteman.
c) Sekiranya anda dirompak/diragut, elakkan dari melawan kerana perlu sentiasa ingat nyawa anda adalah lebih berharga.
d) Jauhkan diri anda dari pergaduhan, demonstrasi atau kawasan rusuhan serta-merta.


6. Ole-ole/ buah tangan
Bila kita keluar negara ole-ole atau buah tangan adalah pekara yg wajib dibeli untuk kenangan atau diberi pd rakan2.
 
Antara tips untuk membeli ole-ole / buah tangan ialah :-
a) Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke tempat percutian yang anda rancangkan.
b) Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah.
c) Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan.

Ini dapat membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.


Ok kawan2 semua ...... bila dah ready bolehlah bercuti dengan senang hati.

Selamat Bercuti !!!!!



 Hubungi kami untuk butiran lanjut,


Whats app : +6016 345 8481 / +6016 267 4251
Email : kakijalanrt@gmail.com
Email : echamewahservices@yahoo.com
FB Page Like : Russhahrill Tours
Instagram : Russhahril Tours




No comments:

Post a Comment